Syamel kehilangan ibu tercinta

Syamel kehilangan ibu tercinta

Kuala Lumpur: Ibu kepada penyanyi Syamel, Wan Faaizah Karim, 55, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta, di sini pada jam 10.09 malam tadi.

Selepas hampir dua bulan menerima rawatan di hospital akibat kekurangan oksigen dalam badan, Syamel reda dengan berita pemergian ibunya.

“Allah lebih menyayangi umi. Umi saya, Wan Faaizah Karim telah kembali menghadap pencipta-Nya pada jam 10.09 malam tadi.

“Doakan urusan umi saya dipermudahkan. Terima kasih kerana mendoakan umi saya selama ini,” katanya.

Menurut Syamel, dia juga memohon keampunan daripada Allah dan berharap ibunya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Ya Allah, ampunkanlah dosa umi ku. Kau perlihatkanlah syurga buat umi. Kau jadikanlah kuburnya seperti taman syurga. Kau terimalah segala amal baiknya di dunia ini untuk dijadikan teman di alam sana.

“Kau terangilah cahaya di dalam kuburnya, sesungguhnya umi ku pergi meninggalkan seribu satu ajaran padaku yang akan aku amalkan hingga akhir hayat,” katanya.

Terdahulu Syamel mengaku bimbang dengan keadaan kesihatan ibunya apabila terpaksa ditidurkan akibat kekurangan oksigen di dalam badan.

Dalam masa sama, Syamel menafikan ibunya dijangkiti Covid-19 dan tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang serius dan ini pertama kali dia dimasukkan ke wad sepanjang kehidupannya. HM

Syamel kehilangan ibu tercinta


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nabil akui ujian ini amat besar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker