‘Pok Su Yie’ dilantik PM ke-9, keluarga di Salor bangga

Walaupun jarang berjumpa namun sebagai individu yang mempunyai pertalian saudara, kami amat berbangga dengan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, kata sepupu beliau, Che Rahimah Othman ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gertak Lembu dekat Salor, di Kota Bharu.

Che Rahimah, 68, berkata dalam kalangan saudara-mara, Ismail Sabri yang dipanggil ‘Poksu Yie’ akan singgah ke Salor sekiranya beliau berkunjung ke Kelantan atas tugasan rasmi.

“Kami tahu walaupun beliau tidak dilahirkan di sini (Kelantan) namun tahu asal usul kampung kedua orang tuanya di sini (Kampung Gertak Lembu, Salor).



“Walau sesibuk manapun beliau, sekiranya ada tugasan di Kelantan kami tahu ‘sebelah kaki’ beliau akan berkunjung ke sini khususnya untuk menikmati nasi kerabu di Salor yang amat digemarinya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini semalam.

Jelasnya, Perdana Menteri sebenarnya mempunyai ramai saudara-mara di kampung itu selain di Tendong, Pasir Mas dan pernah membawa bersama keluarganya ke Kota Bharu.

Che Rahimah berkata dengan pelantikan Poksu Yie sebagai perdana menteri Malaysia kesembilan, diharap beliau dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang dan meneruskan apa yang diusahakan oleh bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menangani Covid-19.

Che Rahimah yang lebih 30 tahun mengusahakan ‘etok salai’ (kerang sungai) kini masih menetap di kampung itu bersama suaminya, Nordin Mat Ali, 71, dan mempunyai lima orang anak.



Sementara itu, anak Che Rahimah, Siti Norzihan Nordin, 37, berkata Poksu Yie adalah seorang yang amat mementingkan tali persaudaraan walaupun tinggal di Pahang.

Katanya kali terakhir bertemu dengan Perdana Menteri itu adalah beberapa tahun yang lalu ketika dia hadir ke majlis perkahwinan anak saudara Poksu Yie di Temerloh, Pahang.

“Sebenarnya saya dan penduduk di sini amat berbangga dengan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri kerana tahu asal usul keluarganya di sini, apatah lagi mempunyai tali persaudaraan.

“Setakat yang saya kenal beliau seorang yang merendah diri dan sering bertanya khabar saudara-mara walaupun jauh. Saya percaya beliau akan dapat menjalankan tugasan dengan baik walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran,” katanya yang mempunyai dua anak.




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




PM kata peralihan kerajaan lagi akan merugikan negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker