Pembentukan kabinet mengikut keperluan negara

Pembentukan barisan kabinet baharu kerajaan perlu dibuat berdasarkan keperluan negara dan kewibawaan yang ditonjolkan oleh barisan kepimpinannya.

Presiden Parti Berjasa Malaysia, Zamani Ibrahim berkata, pelantikan pemimpin kabinet kerajaan tidak boleh dibuat atas faktor membalas budi susulan sokongan kepada Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Beliau memberitahu, langkah berkenaan menjimatkan kewangan negara di samping membantu rakyat yang sedang berdepan tempoh sukar susulan penularan Covid-19.



“Melantik ahli Parlimen bagi tujuan membalas budi, kluster mahkamah dan mereka yang tidak mempunyai integriti bagi memegang jawatan penting perlu dihentikan.

“Rakyat mahukan nasib yang terbela dan suara mereka didengar,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan pada Jumaat berkata, lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri dijadualkan pada 21 Ogos 2021 (Sabtu), jam 2.30 petang, di lstana Negara.



Dalam pada itu, Zamani berkata, tindakan melantik ahli-ahli politik menerajui badan berkaitan kerajaan (GLC) juga perlu dihentikan dan diganti dengan mereka yang mempunyai kepakaran dalam kalangan anak tempatan.

“Ismail Sabri perlu membaiki sistem politik negara dan membina hala tuju negara yang baharu,” katanya.

Tambahnya, Berjasa berharap pelantikan Ahli Parlimen Bera itu akan dapat meredakan kemelut politik negara yang berlaku sebelum ini.

Pembentukan kabinet mengikut keperluan negara




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Bersatu nafi dakwaan tidak mahu sertai kebinet

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker