Thailand Lepasi Angka Satu Juta Kes Covid-19 — MYKMU.NET

Thailand Lepasi Angka Satu Juta Kes Covid-19

Sebaran :

Thailand Lepasi Angka Satu Juta Kes Covid-19

BANGKOK: Jumlah kes COVID-19 di Thailand sudah melepasi angka satu juta pada Jumaat ketika negara ini berusaha meningkatkan kadar vaksinasi untuk membendung peningkatan kes baharu akibat penularan varian Delta.

Sepanjang 24 jam lalu, Thailand mencatatkan 19,851 kes baharu dan 240 kematian menjadikan jumlah jangkitan sebanyak 1,009,710 dan 8,826 orang meninggal dunia sejak virus itu mula dikesan Januari tahun lalu.

Thailand, negara pertama di luar China yang mencatat kes COVID-19, pada awalnya mencatatkan jumlah kes yang agak rendah, dengan hanya lebih 4,000 kes dan 60 kematian sebelum gelombang kedua berlaku pada Disember tahun lalu dan gelombang ketiga April tahun ini.



Pada April, sejumlah 980,847 kes dan 8,732 kematian telah dilaporkan, awalnya disebabkan varian Alpha dan kini varian Delta.

Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata kes baharu itu termasuk 325 banduan.

“Sebanyak 10 kes import telah dilaporkan termasuk dua warga tempatan yang kembali dari Malaysia,” katanya.

Tambah beliau bagi kes kematian baharu ia melibatkan 12 lelaki dan 111 wanita berusia antara tujuh bulan hingga 93 tahun, termasuk lima warga Myanmar dan seorang rakyat China.

“Data menunjukkan sejak 25 Julai hingga 19 Ogos tahun ini, sejumlah 4,656 kematian telah dilaporkan dengan 63.8 peratus mangsa tidak divaksinasi,” katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini semalam.



Thailand telah memberikan 25.81 juta dos vaksin sejak 28 Februari tahun ini.

Bagi meningkatkan usaha vaksinasi, Thailand membeli tambahan 10 juta lagi dos vaksin Pfizer-BioNTech.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul pada Jumaat menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Opas Karnkawinpong dan Eksekutif Pfizer Thailand dan Indochina Deborah Seifert.

Thailand turut membeli tambahan 12 juta dos vaksin Sinovac untuk tujuan mix-and-match.



Sementara itu, Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) menawarkan perkhidmatan vaksinasi di rumah untuk pesakit yang terlantar di katil serta kumpulan berisiko tinggi dan golongan rentan (mudah kena penyakit).

Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang berkata banyak pesakit terlantar dan warga emas dijangkiti COVID-19 melalui ahli keluarga.

“Oleh itu, kami menghantar pasukan kami untuk memberi vaksinasi percuma kepada mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

— BERNAMA

Thailand Lepasi Angka Satu Juta Kes Covid-19


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Netizen kecam pegawai Rela kasar di PPV

Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: