Tiga beradik penyamun kedai telefon bimbit diberkas

KOTA BHARU – Tiga beradik berusia antara 19 hingga 36 tahun ditahan dalam satu operasi pada Isnin kerana disyaki menyamun beberapa kedai telefon bimbit di daerah ini.

Tiga beradik itu dikatakan mempunyai modus operandi yang sama iaitu memasuki kedai dengan bersenjatakan sebilah kapak dan pisau lalu mengacukan ke arah pekerja kedai.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rosdi Daud berkata, suspek kemudian mengambil wang tunai serta telefon bimbit sebelum melarikan diri.



“Polis menerima tiga laporan berkaitan kejadian berkenaan. Bertindak atas maklumat serta risikan yang dilaksanakan, satu operasi dilakukan bagi mengesan dan menangkap suspek,” katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, dua suspek ditahan jam 8.15 malam pada Isnin oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di tepi Jalan Kampung Sri Kulim, Melor di sini.

Jelasnya, soal siasat ke atas kedua-dua suspek membawa kepada tangkapan seorang lagi suspek di hadapan sebuah kedai telefon bimbit di kawasan sama.

“Hasil semakan mendapati dua daripada mereka mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau berkaitan kes jenayah dan dadah,” katanya.



Tambah beliau, ujian saringan awal urin mengesahkan dua suspek positif dadah dan tiga beradik itu disyaki terlibat dalam tiga kes samun sejak Sabtu.

“Polis turut merampas sebilah kapak, telefon bimbit dan topi keledar. Tiga beradik itu kini di reman selama lima hari bagi membantu siasatan.

“Tangkapan ke atas mereka berjaya menyelesaikan tiga kes samun berkumpulan di sekitar Kota Bharu,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah



Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed

Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)



Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker