Dangau jadi tempat berteduh lima beranak

Dangau jadi tempat berteduh lima beranak

KUALA NERANG – Sepasang suami isteri nekad membawa tiga anak mereka untuk tinggal di kawasan dusun dikelilingi hutan di Ban Lok Koi dekat sini sejak Mei lalu selepas tidak mampu membayar sewa rumah akibat diberhentikan kerja semasa Pe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh baru-baru ini.

Menurut Rahman Ismail, 37, dia dan isteri, Nor Shakila Abd. Rahman, 38, bersama tiga anak mereka iaitu Nur Raisya, 5; Mohammad Raziq, 7, dan Mohammad Rafiq, 11, kini berteduh di sebuah dangau berdindingkan plastik dan berbumbungkan zink terpakai.

“Saya dan isteri terpaksa bawa anak-anak tinggal di sini kerana tidak lagi mampu membayar sewa rumah sebanyak RM250 sebulan di Kampung Tualak di sini.

“Kami diarahkan keluar selepas gagal bayar sewa selama tiga bulan sedangkan pada masa itu saya tidak mempunyai wang selepas berhenti bekerja sebagai pemotong kayu getah,” katanya ketika ditemui di dangau tersebut di sini semalam.


Rahman (kanan) dan isteri serta tiga anaknya berteduh di sebuah dangau dalam dusun di Ban Lok Koi, Kuala Nerang semalam.

Katanya, dia bernasib baik kerana arwah bapanya mempunyai tanah dusun yang telah di­tinggalkan di Ban Lok Koi, namun ia dikelilingi hutan dan jauh dari kawasan perkampungan.

“Kami sekeluarga terpaksa tinggal di sini kerana tiada pilihan lain walaupun berhadapan pelbagai kesukaran apabila ­hanya menggunakan air bukit dan lampu minyak tanah selain ancaman haiwan liar.

“Pada waktu siang kami berhadapan dengan gangguan kera, manakala pada sebelah malam pula terdapat babi sehingga 15 ekor berkeliaran dekat kawasan dangau ini dan saya terpaksa berjaga untuk melastik haiwan tersebut,” ujarnya.

Menurutnya, dia sekeluarga juga pernah ketakutan pada waktu hujan lebat dan angin kuat, baru-baru ini.

Rahman berkata, dia yang kehilangan pendapatan hanya harapkan sumbangan saudara mara terdekat untuk teruskan kehidupan, malah kadang-kala terpaksa berhutang bagi membeli makanan.

“Saya juga sedih apabila anak-anak tidak dapat ikuti sesi Pe­ngajaran dan Pembelajaran di Rumah kerana tiada liputan internet di sini,” ujarnya. Jelasnya, dia mengharapkan kehidupannya itu hanya sementara demi keluarganya. K Online

Dangau jadi tempat berteduh lima beranak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya tak perlu letak jawatan – Pengerusi Mara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker