Mayat lelaki ditemui, meninggal dunia 4 hari lepas

Mayat lelaki ditemui, meninggal dunia 4 hari lepas

REMBAU – Seorang lelaki ditemui mati di dalam sebuah rumah di Kampung Baru Chembong Halt, di sini hari ini.

Mangsa, Rizal Salleh, 43, ditemui tidak sedarkan diri di ruang tamu oleh abangnya, Shahril Salleh, 45, yang pergi ke rumah berkenaan pagi tadi.



Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan, Hazri Mohamad berkata, abang mangsa menolak pintu hadapan sebelum mendapati adiknya dalam keadaan telentang dan sudahbtidak sedarkan diri.

Lelaki itu kemudian menghubungi talian 999 untuk bantuan selanjutnya.

“Pasukan paramedik dari Klinik Kesihatan Rembau tiba di lokasi kejadian dan mengesahkan mangsa meninggal dunia. Siasatan mendapati mangsa tinggal seorang diri.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia lebih empat hari dan siasatan lanjut di lokasi tidak menemui sebarang unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.



Mayat mangsa dihantar ke Hospital Rembau di sini bagi proses bedah siasat dan kes disiasat sebagai mati mengejut. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Mayat lelaki ditemui, meninggal dunia 4 hari lepas




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya tak perlu letak jawatan – Pengerusi Mara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker