Anwar ‘backup’ Zahid dalam wawancara bersama Bloomberg

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak kritikan terhadap pelantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalannya, sambil menyatakan presiden Umno itu mesti diberi peluang dihakimi secara bebas dan adil di mahkamah.

Dalam wawancara bersama Bloomberg, beliau berkata rasuah merupakan antara isu utama mahu ditangani kerajaan perpaduan, termasuk keperluan menyampaikan “mesej jelas” dalam 100 hari pertama pentadbirannya untuk tidak bertolak ansur dengan rasuah.

Ditanya sama ada berlaku ketidaksalinghubungan dengan Zahid dalam Jemaah Menteri memandangkan timbalan perdana menteri itu berdepan 47 tuduhan rasuah, Anwar menegaskan perbicaraan masih berjalan dan mahkamah akan menentukan nasibnya.

“Saya menyatakan secara jelas mahkamah bebas dan saya tidak fikir saya perlu menaruh prasangka dalam kes itu. Namun, ia tidak sepatutnya berunsur politik semata-mata. Mengapa rujuk kepada beliau secara peribadi sedangkan saya kata sistem itu korup?

“Ramai lagi pemimpin politik salah guna kedudukan mereka: bekas perdana menteri, bekas menteri kewangan – libat ratusan dan jutaan ringgit.

“Saya di sini bukan mahu bincang kesnya. Saya di sini mencadangkan proses mahkamah mesti bebas dan beliau mesti diberikan peluang – keadilan perlu diadili oleh mahkamah tidak berpihak, adil,” katanya.

Transkrip dalam wawancara Bloomberg bersama Anwar di Singapura pada Isnin, dikeluarkan pagi ini.

Zahid, antara dua timbalan perdana menteri, berdepan 47 pendakwaan rasuah, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram.

Beberapa pemimpin Umno berulang kali mendakwa Zahid dan pemenjaraan bekas perdana menteri, Najib Razak, merupakan mangsa pendakwaan politik dan pendakwaan terpilih.

Sebelum ini, Anwar mempertahankan kemasukan Zahid dalam Jemaah Menteri dengan menyatakan beliau tidak dapat meminggirkan peranan dimainkan pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dalam pembentukan kerajaan perpaduan.

Minggu lalu, Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pemulangan kekal pasport bagi dirinya melicinkan tugas rasmi sebagai timbalan perdana menteri.

Susulan itu, Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu mendesak Anwar merehatkan Zahid daripada tugasnya bagi menumpukan kepada perbicaraan kes mahkamah dihadapi.

Anwar memberitahu Bloomberg, keutamaan kerajaan ketika ini demi memastikan tatakelola baik diamalkan dalam sistem semasa dan ia mesti bebas daripada cengkaman pemimpin korup.

“Dan saya fikir, adilnya, (menteri) mengambil berat peraturan ini. Tiada satu pun yang saya dapat kesan daripada sebarang bentuk pasukan saya cuma membolot kontrak atau projek dan saya berpuas hati,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azhar Sulaiman guna gelaran ‘mami’ dilabel pondan (Video)

Roh pencuri belum sampai, jasad telah sampai di balai polis [VIDEO]

Pengurus bank ‘kantoi’ simpan video lucah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker