Pengumuman KWSP oleh PM tak cermat – Khairy

Pengumuman KWSP oleh PM tak cermat – Khairy

Bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin menyifatkan pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai cadangan menaikkan caruman KWSP oleh majikan sebagai “tidak membantu” dan “tidak cermat”.

Khairy berkata, berdasarkan pengalaman bekerja dengan beberapa perdana menteri sebelum ini, pengumuman seperti itu akan melalui perancangan rapi beberapa bulan sebelumnya, namun kenyataan Anwar pada Isnin lalu hanya sekadar “melepaskan batuk di tangga”.



“Lazimnya, kita akan panggil semua kementerian untuk turut bersama memikirkan apa boleh diumumkan oleh perdana menteri.

“Bukan hanya umum saja untuk dapatkan ‘headline’. Ia sangat bahaya sebab beliau adalah perdana menteri,” katanya pada siri podcast Keluar Sekejap.

Bekas ketua pemuda Umno itu juga berkata, pengumuman tanpa tindakan selepas itu hanya akan menimbulkan panik dalam kalangan majikan dan pekerja.

“Pekerja bimbang jika majikan dipaksa naikkan caruman KWSP, manfaat yang mereka dapat akan dipotong,” kata bekas Ahli Parlimen Rembau.



Sementara itu, bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan mempersoalkan angka 20% yang diumumkan perdana menteri, dengan meminta kerajaan membuat kajian lengkap terlebih dahulu sebelum mengumumkannya.

“Kalau nak buat kajian dahulu, lebih baik jangan sebut. Mungkin (kerajaan) boleh kata bercadang nak naikkan caruman KWSP. (Bila terus umum 20%) ia timbulkan panik,” katanya.

Pada Isnin , Anwar berkata kerajaan akan berbincang mengenai cadangan untuk meningkatkan kadar caruman majikan daripada 13% kepada 20% susulan permintaan daripada pelbagai Kesatuan. FMT

Pengumuman KWSP oleh PM tak cermat – Khairy



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak



Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker