Kes tembak: Mangsa ada enam rekod jenayah
Kes tembak: Mangsa ada enam rekod jenayah, pernah dikehendaki polis
Seorang lelaki yang maut ditembak ketika memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Range Rover di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh semalam didapati mempunyai enam rekod jenayah sebelum ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, semakan mendapati antara rekod jenayah dimiliki suspek termasuk berkaitan samun dan ugutan jenayah.
“Kita masih menyiasat penglibatan mangsa dalam kes dan juga apa jua aktiviti yang mungkin menyebabkan berlakunya insiden tembakan tersebut.
Baca Artikel Menarik :
- Muhyiddin, kemungkinan kembali sebagai PM
- Pas senada dengan Muhyiddin, hentam pemimpin UMNO
- “Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah
- Bagi Azwan melalak dulu, tunggu tindakan saya
- Berpaut pada roda pesawat sebelum terjatuh atas rumah penduduk [VIDEO]
- Dulu tinggal dalam kontena, sekarang jutawan Dolive
- Polis trafik selamatkan 3 beranak dari ‘Kepala Air’
Layari Laman Facebook MYKMU
“Mangsa berusia 42 tahun juga pernah menjadi antara individu dikehendaki polis sebelum ini namun sekarang tiada,” katanya pada sidang akhbar secara maya hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan terkini insiden tembakan melibatkan seorang lelaki di Jalan BRP 2/1, Bukit Rahman Putra di sini semalam
Menurut beliau, tiada tangkapan setakat ini namun kita menemui salah sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux yang dipercayai digunakan suspek dijumpai dibakar pada jarak 1.5 kilometer dari lokasi kejadian.
Arjunadi menegaskan semakan mendapati kenderaan itu dicuri di Klang pada 2019.
“Selain itu, lokasi kejadian ada berhampiran dengan rumah mangsa dengan hasil pemeriksaan mendapati empat das tembakan pada badan mangsa,” jelasnya. K Online
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kes tembak: Mangsa ada enam rekod jenayah, pernah dikehendaki polis
Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan