Professor Neurologi dedahkan keajaiban wuduk

Sebaran :

“Wuduk bukan milik umat Islam tetapi untuk seluruh manusia” Professor Neurologi dedahkan keajaiban wuduk

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang doktor psikologi dan sekaligus pakar neurologi dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wuduk. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.

Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar dan bersih. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wuduk yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wuduk bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Hikmah Wuduk

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wuduk sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar jika anggota badan itu yang harus dibasuh.

Wuduk bukan sahaja menyucikan kekotoran malah menghapus dosa

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wuduk dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wuduk memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bahagian muka.

Berapa orang yang menjadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?

Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wuduk ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.

Organ tubuh yang menjadi anggota wuduk disebutkan dalam surah al-Maidah:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wuduk mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.

Kalangan ulama melarang mengeringkan air wuduk dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).

Pusat-pusat saraf sensitif dengan air segar dan bersih
Wuduk dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fizik). Rasulullah s.a.w. selalu berusaha mempertahankan keabsahan wuduknya.

Yang paling penting dari wuduk ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.

Wuduk sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wuduk. Apatah lagi dosa dan kemaksiatan adalah bertentangan dengan kesucian wuduk. Wallahu a’lam

Professor Neurologi dedahkan keajaiban wuduk


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan


Sebaran :

Leave a Reply