Kini masa untuk Yang di-Pertuan Agong

Kini masa untuk Yang di-Pertuan Agong. Selepas 24 jam Istana Negara mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Jemaah Menteri meletak jawatan berkuat kuasa serta merta pada Isnin, bermula hari ini segala kuasa bagi menentukan siapa Perdana Menteri akan diputuskan oleh kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kuasa itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Seri Paduka hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri baharu untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

Hari ini pada jam 2 petang, semua ketua-ketua parti atau wakil dipanggil untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.



Turut dipanggil menghadap ialah Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Jurucakap Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan titah berkenaan sambil menjelaskan Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan mewakili parti tersebut.

Azhar Azizan melalui surat kepada semua Ahli Dewan Rakyat hari ini, meminta semua ahli Parlimen supaya menyerahkan satu surat akaun yang menyatakan dengan terang dan jelas seorang Ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan untuk menjadi Perdana Menteri kesembilan.

Surat akuan berkenaan perlu diserahkan kepada pihak Istana Negara selewat-lewatnya pada Rabu, sebelum 4 petang.



Situasi yang berlaku hari ini adalah sama seperti yang berlaku ketika Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan Perdana Menteri pada 24 Februari tahun lalu selepas hilang sokongan daripada partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dr Mahathir juga ketika itu dilantik sebagai Perdana Menteri sementara sehingga Perdana Menteri Baharu dilantik.

Ketika itu, 221 ahli Parlimen turut dipanggil mengadap Al-Sultan Abdullah.

Proses itu adalah lanjutan daripada titah Seri Paduka di mana ketua parti politik dan ahli Dewan Rakyat yang bebas diminta untuk mengemukakan pencalonan nama sebagai bakal Perdana Menteri.



Pertemuan itu diadakan selama dua hari pada 25 dan 26 Februari 2020.

Setelah mendapat representasi daripada semua ketua-ketua parti politik yang mewakili parti masing-masing serta ahli Dewan Rakyat yang bebas, pada hemat Seri Paduka Baginda, ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat ialah Muhyiddin, Ahli Parlimen Pagoh.

Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri dibuat pada 1 Mac 2020 Hari ini proses itu berulang kembali dan segala keputusan akan ditentukan oleh kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong tanpa gangguan oleh mana-mana Ahli Dewan Rakyat.



Siapa bakal Perdana Menteri kesembilan? Terserah kepada keputusan Yang di-Pertuan Agong. SHP

Kini masa untuk Yang di-Pertuan Agong


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Perutusan Propaganda’, Najib balun Muhyiddin cabar jawab soalan ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker