Taliban menang, Presiden Afghanistan melarikan diri
Taliban menang, Presiden Afghanistan melarikan diri
KABUL – Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani melarikan diri ke negara jiran selepas, Kabul berjaya dibolosi tentera Taliban.
Katanya, tindakan itu dibuat bagi mengelak pertumpahan darah.
Setakat ini, beliau tidak memaklumkan destinasi sebenar untuk meneruskan tugas sebagai presiden dalam buangan.
Namun menurut sumber pegawai kanan dalam negeri, Ashraf kini berlindung di Tajikistan selepas tiba semalam.
Bagaimanapun dalam laporannya, Al Jazeera mengesahkan beliau bersama keluarga serta pegawai kanannya berada di Tashkent, Uzbekistan.
Taliban berjaya memasuki Kabul dengan mudah dan mengisytiharkan kemenangan selepas 10 hari diberi tentangan oleh tentera kerajaan.
Ia kembali menguasai semula negara itu selepas 20 tahun dihalau oleh tentera gabungan Amerika Syarikat dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
“Taliban sudah menang melalui ‘pedang serta senjata api’ dan kini bertanggungjawab terhadap kehormatan, harta benda dan hak asasi penduduk Afghanistan.
“Mereka kini berdepan ujian sejarah baru sama ada mahu menjaga nama dan kedaulatan Afghanistan atau mengutamakan kepentingan peribadi serta rangkaian mereka,” katanya dalam kenyataan pertama di Facebook selepas melarikan diri.
Tuntutan supaya Ghani meletak jawatan adalah antara pra syarat perbincangan damai dengan Taliban selama beberapa bulan tetapi beliau degil enggan berundur.
Baca Artikel Menarik :
- Perikatan Nasional tumbang? Muafakat Nasional dijangka kembali ‘bernyawa’
- Harap muka saja cantik bukan jaminan
- MIC desak UMNO pilih Ismail Sabri
- Mampukah Anwar tamatkan sumpahan PM Tepi?
- Parti tentukan calon PM, bukan individu
- Ismail Sabri jumpa Mahathir dapatkan sokongan
- Resepi nasi ulam Kedah sedap dan berkhasiat
Layari Laman Facebook MYKMU
Sementara itu, jurucakap pemberontak Taliban pula mengesahkan mereka sudah masuk ke beberapa daerah di negeri itu ‘bagi memastikan keselamatan’.
Tiga sumber Taliban memberitahu AFP bahawa mereka sudah menguasai istana presiden dan mesyuarat keselamatan akan diadakan segera.
Dalam tempoh hanya seminggu, Taliban melancarkan serangan mengejut di negara itu dengan pasukan tentera gagal menjaga wilayah mereka tanpa sokongan tentera AS, yang akhirnya membuat keputusan berundur selepas kehadiran selama 20 tahun.
Pemberontak juga mendakwa mereka mahukan ‘peralihan kuasa yang aman’ dalam tempoh beberapa hari ini.
Awal semalam, kumpulan itu mengarahkan pejuang mereka supaya jangan memasuki ibu negara dan membiarkan saki baki pasukan kerajaan untuk menjaga keselamatan.
Bagaimanapun, seorang jurucakap mendedahkan dalam Twitter bahawa Taliban sudah memasuki beberapa daerah, malah sudah menguasai hampir keseluruhan Afghanistan.
“Beberapa unit tentera Emiriah Islam Afghanistan sudah memasuki bandar Kabul untuk menjaga keamanan,” ciap jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid.
Ketika ini, wujud kelompangan keselamatan di Kabul kerana puluhan polis dan anggota pasukan bersenjata lain meninggalkan tugas, pakaian seragam, malah senjata mereka.
AS juga semakin giat memindahkan warga mereka termasuk kakitangan Afghanistan ke lapangan terbang Kabul, dengan dibantu oleh ribuan pasukan tentera yang dikerah membantu pemindahan itu.
Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg, berkata gabungan kuasa Barat kini berusaha memastikan operasi lapangan terbang tidak tergendala untuk membawa pulang rakyat masing-masing.
Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, pula menolak andaian sesetengah pihak menyamakan pengunduran dari Afghanistan dengan pengunduran tentera AS dari Saigon, Vietnam pada 1975.
“Hakikatnya, AS memasuki Afghanistan 20 tahun lalu dengan matlamat menghukum mereka yang bertanggungjawab melakukan serangan pada 11 September (9/11) dan misi itu sudah berjaya,” katanya.
Taliban menang, Presiden Afghanistan melarikan diri
You must be logged in to post a comment.