Risiko perundangan jika PM tak mahu letak jawatan

Kerajaan hadapi risiko perundangan jika PM tak mahu letak jawatan

Tindakan Perdana Menteri yang hilang keabsahan setelah hilang sokongan majoriti dan tidak bertindak segera meletakan jawatan akan menyebabkan pelbagai tindakan yang diputuskan oleh kerajaan mempunyai risiko perundangan yang besar.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, semua keputusan eksekutif tersebut boleh dicabar keabsahan dan keperlembagaannya.



“Ini meletakkan Kerajaan dalam kedudukan terdedah kepada pelbagai pertikaian undang-undang dan risiko kerugian kewangan.

“Bagi mengelakkan negara terus berada dalam kancah kecelaruan Perlembagaan sebegini, wajarlah pihak eksekutif tampil dan melakukan tindakan yang benar dan berpelembagaan.

“Mereka harus memudahkan DYMM SPB Yang di Pertuan Agong melaksanakan tugas Perlembagaan baginda dan bukan bertindak sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini yang mencadangkan kerjasama rentas parti politik bagi mewujudkan kerajaan bipartisan seterusnya membawa negara keluar dari kemelut politik dan pandemik,



Menurut Mohamad lagi, tiada yang lebih penting kepada seorang Perdana Menteri selain melaksanakan tanggungjawabnya selari dengan batas dan mandat yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.

“Perdana Menteri waktu ini nampaknya bersendirian mempertahankan kedudukan yang tidak boleh dipertahankan lagi. Beliau seharusnya tahu bahawa Perlembagaan is non-negotiable,” katanya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau itu berkata, rakyat Malaysia telah menyaksikan pelbagai parti politik dan ahli Parlimen tampil dengan kenyataan menolak kepimpinan Perdana Menteri.

“Semua ini membolehkan kita merumuskan bahawa Perdana Menteri telah hilang sokongan majoriti di Parlimen.

“Khabar bahawa Istana Negara telah menulis untuk mendapatkan pengesahan Speakar Dewan Rakyat tentang jumlah sokongan Ahli Parlimen terhadap Perdana Menteri jelas membuktikan bahawa Istana Negara sangat meragui dakwaan Perdana Menteri bahawa beliau masih mempunyai majoriti,” katanya.

Tindakan Muhyiddin adalah unprecedented dan meletakkan kewibawaan Perdana Menteri pada tahap yang tidak boleh diyakini dalam tindakan dan kenyataannya.



“Malah dakwaan masih mempunyai majoriti oleh Perdana Menteri adalah tindakan yang tidak berpelembagaan. Apatah lagi beliau sengaja menunda pengesahannya di Parlimen tanpa alasan yang wajar.

“Nampaknya DYMM SPB Yang di Pertuan Agong sangat bersungguh-sungguh mempertahankan Perlembagaan Negara dengan bertindak mengikut lunas Perlembagaan.

“Perdana Menteri pula jelas menggunakan Perlembagaan untuk kelangsungan hayat politiknya dan bukan untuk memelihara kewibawaan institusi Perdana Menteri,” katanya. MG

Risiko perundangan jika PM tak mahu letak jawatan



Game Plan Terbaru Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker