41 Ahli Parlimen BN Tidak Akan Undi Muhyiddin

Oleh Nurul Aisyah

RAKYAT bakal dapat menarik nafas lega tidak lama lagi. Kes Covid sangat membimbangkan dibawah kelolaan kerajaan Muhyiddin Yassin. Tindakan lebih mantap diperlukan bagi menangani isu ini. Negara perlukan Perdana Menteri yang tahu menangani isu Covid 19 dan yang pasti bukan individu yang sekadar mendakwa boleh mengawal covid19 tetapi tidak pernah mampu memberikan solusi terbaik.

Menurut sumber, 41 Ahli Parlimen Barisan Nasional(BN) dikatakan tidak akan mengundi Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang Parlimen yang bakal diadakan dalam masa terdekat bagi satu usul undi percaya terhadap beliau dibentangkan ketika Dewan Rakyat bersidang.

Jika ini benar-benar berlaku, maka jawatan Perdana Menteri Muhyiddin akan terlucut. Kegundahan rakyat berakhir. Isu Covid dapat diuruskan oleh mereka yang jauh lebih layak.

Sebagaimana yang kita tahu, kerajaan Muhyiddin gagal menangani pandemik Covid 19. Dari PKP 2, PKPD, PKPB, Darurat, PPN dan lain-lain lagi, selama berbulan-bulan rakyat dikurung tetapi kilang terus beroperasi, kes makin tinggi. Malah angka kematian kita juga antara yang tertinggi di dunia.

Untuk makluman, semalam Muhyiddin membuat kenyataan bagi “menghalalkan” tindakan beliau enggan meletakkan jawatan.

Kononnya, melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri adalah pilihan paling mudah untuk beliau menyelesaikan kemelut politik ketika ini.

Selepas itu, katanya, terserah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memilih Perdana Menteri baharu, jika beliau memilih keputusan melepaskan jawatannya itu.

Bagaimanapun, katanya, sehingga saat ini, tiada seorang pun Ahli Parlimen lain mampu membuktikan mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan Yang di- Pertuan Agong melantik Perdana Menteri baharu.

Menurut Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Perdana Menteri dari kalangan Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Muhyiddin turut mempersoalkan apa akan berlaku kepada masa depan negara jika krisis politik berlarutan dan kerajaan baharu tidak dapat dibentuk dalam kadar segera, selain pentadbiran mana yang akan memastikan program vaksinasi berjalan lancar dan mengikut jadual.

Yang Muhyiddin tidak dedahkan, masalah Covid19 ini akan dikelolakan dengan lebih baik jika beliau meletakkan jawatan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker