Jajaran baru : Netizen kecam cadangan Ahli Parlimen Dap

Sebaran :

Jajaran baru : Netizen kecam cadangan Ahli Parlimen Dap

Warganet marah Ong Kian Ming cadang ‘bincang’ tawaran Muhyiddin

Kalangan warganet bingkas menolak cadangan Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming bahawa tawaran “kerjasama” merentasi parti yang dicadangkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin harus dikaji pembangkang.

Menerusi sidang media hari ini, Muhyiddin menawarkan beberapa insentif dan berjanji mengadakan pilihan raya umum menjelang Julai depan, sekiranya memperolehi sokongan merentasi kepartian terhadap usul undi percaya bagi membolehkan beliau kekal berkuasa.

“Saya rasa semua parti politik harus duduk berbincang untuk membincangkan apakah syarat ini boleh diterima atau tidak, bukan?” tulisnya di Twitter.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Namun, dapat dilihat menerusi komen netizen ramai yang tidak bersependapat dengan Ahli Parlimen DAP itu.

“Sangat kecewa dengan anda YB,” komen @ 45Fortify,

“Mereka mempunyai lebih dari satu tahun untuk melakukan pembaharuan jika mereka benar-benar ingin melakukannya. Namun mereka berusaha segalanya untuk terus berkuasa. Anda fikir mereka benar-benar berminat dengan pembaharuan,?” katanya.

Turut senada, pengguna Twitter bernama @A_lmTweets, mengancam untuk menarik sokongan terhadap Ong.

“Sekiranya anda setuju (dengan Muhyiddin), saya tidak akan memilih anda dalam pilihan raya berikutnya. Cukuplah.”

Sementara itu terdapat, beberapa lagi warganet mempersoalkan kesetiaan Ong kepada DAP.

“Oh Tuhan tidak bolehkah anda membezakan antara rasuah TERBUKA dan pembaharuan sebenar ??? !!!, ” tanya @PnuttYusof yang marah.

“Lebih-lebih lagi anda MP saya, saya memilih anda!! Anda ni ‘double agent’ ke ni? ” FMT

Jajaran baru : Netizen kecam cadangan Ahli Parlimen Dap

Game Plan Terbaru Muhyiddin


Sebaran :

Leave a Reply