Katil cukup untuk dua minggu saja

Katil cukup untuk dua minggu saja

Kapasiti katil Lembah Klang bagi merawat pesakit COVID-19 hanya boleh menampung kira-kira dua minggu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong, berkata sejak penubuhan Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley, pihaknya menambah kapasiti katil di antara 6,000 hingga 8,000 katil.

Katanya, walaupun jumlah pesakit COVID-19 di Lembah Klang mula menunjukkan penurunan, pihaknya tetap perlu membuat penambahan bilangan katil secara berterusan.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Bulan ini Lembah Klang kita lihat pertambahan kes di antara 8,000 hingga 12,000 sehari. Namun, minggu ini ia mula menunjukkan penurunan kes. Purata di antara satu atau dua peratus pesakit baharu yang dikesan memerlukan rawatan lanjut di hospital.

“Berikutan itu, kita memerlukan 200 hingga 300 katil tambahan bagi menampung pesakit COVID-19 secara berterusan. Buat masa ini, (jumlah katil di Lembah Klang) boleh menampung selama dua minggu,” katanya dalam sidang media khas yang diadakan hari ini.

Sehingga hari ini, Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah mencatatkan kumulatif kes COVID-19 sebanyak 654,553 kes.

Selangor terus menjadi tertinggi melaporkan kes harian tertinggi, iaitu pertambahan empat angka sejak beberapa bulan lalu. BH

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Katil cukup untuk dua minggu saja

Game Plan Terbaru Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker