Muhkriz Tibai Muhyiddin Cubaan Rasuah Pembangkang Tak Berjaya

Muhkriz Tibai Muhyiddin Cubaan Rasuah Pembangkang Tak Berjaya. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba mendapatkan sokongan pembangkang bagi usul undi percaya dengan cara merasuah, dakwa Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Menerusi ciapan di Twitternya, Mukhriz mendakwa Muhyiddin menawarkan rasuah untuk pembangkang terus menyokong beliau dan kerajaan minoriti yang diterajuinya.
“Adakah Mahiaddin cuba memanipulasi kita tadi? Adakah saya mendengar beliau (Muhyiddin) menawarkan kita rasuah untuk menyokongnya dan kerajaan minoritinya? Adakah beliau tawarkan untuk kekal sebagai perdana menteri dan akan terus kekal sebagai Perdana Menteri sehingga PRU15 diadakan pada Julai 2022? Adakah kami ini bodoh?,” katanya.
Mukhriz turut menempelak tawaran Muhyiddin yang mahu membentangkan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat jika memperolehi persetujuan bi-partisan.
“Akta Anti Lompat Parti? Hallo! Kerajaan anda ditubuhkan dengan ‘katak-katak’ itu termasuk anda Mahiaddin! Undi 18? Ia telah mendapat undi 2/3 di Parlimen. Laksanakan sahaja,” katanya lagi.
Ahli Parlimen Jerlun itu juga mendakwa Muhyiddin sebagai hipokrit apabila menyatakan beliau menolak kleptokrasi.
“Ketika Mahiaddin mendakwa beliau menolak kleptokrasi, beliau menawarkan wang kepada pemimpin pembangkang sebagai pertukaran untuk sokongan. Jika ini bukan hipokrit, saya tidak tahu apa,” katanya.

Tujuh tawaran Perdana Menteri sekiranya persetujuan bipartisan dicapai

Mukhriz juga berkata adalah salah untuk Muhyiddin mengatakan beliau tidak boleh meletakkan jawatan sehingga ada Ahli Parlimen yang mempunyai sokongan majoriti.

“Dalam Perlembagaan Persekutuan mana yang menyebut perkara ini?
“Perkara 43(4) menyatakan PM yang tidak mempunyai keyakinan majoriti ahli Parlimen perlu meletakkan jawatan Kabinet,” katanya.
Ketika menyampaikan Utusan Khas pada Jumaat, Muhyiddin memberi tujuh tawaran kepada pemimpin parti pembangkang untuk mendapatkan persetujuan bipartisan.
Antara tujuh tawaran tersebut ialah membentangkan RUU Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat, peruntukan sama rata kepada semua ahli parlimen tanpa mengira parti dan pelaksanaan Undi 18 tanpa perlu menunggu pendaftaran automatik.
Muhkriz Tibai Muhyiddin Cubaan Rasuah Pembangkang Tak Berjaya

Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Tempoh 24 jam atau 48 jam mendatang ini kritikal – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker