Jangka hayat PN dan Muhyiddin sudah berakhir

Jangka hayat PN dan Muhyiddin sudah berakhir . Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu sedar jangka hayat kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diketuainya telah berakhir apabila tawaran kerjasama rentas parti ditolak parti-parti di luar kerajaan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dengan penolakan tawaran tersebut, jelas menunjukkan Ahli Parlimen Pagoh itu tiada pilihan selain meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri secepat mungkin.

Katanya, peletakan jawatan tersebut membolehkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melaksanakan tugas dan tanggungjawab perlembagaan baginda mengikut Perkara 40(2) untuk melantik seorang Perdana Menteri baharu dalam kalangan ahli Dewan Rakyat.



“Kami (UMNO) tunggu sehari dua, apabila usaha Muhyiddin hendak lanjutkan usia politiknya gagal maka sepatutnya beliau letakkan jawatan secara hormat.

“Tidak mungkin beliau, (Muhyiddin) hendak melanggar undang-undang secara terang terangan. Sudahlah dia melanggar etika politik dengan memberi perkara-perkara berunsur rasuah di khalayak awam. Tak akan dia hendak buat satu lagi kesilapan melanggar undang-undang dan perlembagaan,” katanya.

Ahli Parlimen Pontian itu ditemui selepas program Ziarah Kasih di Kampung Parit Gantung, Sanglang di sini pada Sabtu.

Tambah Ahmad, UMNO konsisten dengan pendirian mahu mandat rakyat dikembalikan dalam menentukan kerajaan baharu yang akan dibentuk.



“Apa- apa pun pada UMNO, sesiapa juga yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri interim baharu, UMNO tetap mahu mandat rakyat dikembalikan dalam tempoh yang terjadual.

‘Sesiapa sahaja jadi PM nanti, boleh tawar agenda reformasi’

“Maksudnya ia mesti berlaku dalam tempoh tertentu. Saya kira tidak selama seperti yang diminta Muhyiddin sampai Julai tahun depan.

“Selagi tiada mandat baharu daripada rakyat, selagi itulah kerajaan tidak stabil, keadaan tidak stabil ini akan berlaku dan terus berlaku. Sebab itu penting kembalikan mandat rakyat apabila imuniti kelompok dapat dicapai,” katanya.



Ketika menyampaikan Perutusan Khas pada Jumaat, Muhyiddin, memberi tujuh tawaran kepada pemimpin parti pembangkang untuk mendapatkan persetujuan bipartisan.

Antara tujuh tawaran tersebut ialah membentangkan Rang Undang- undang (RUU) Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat, peruntukan sama rata kepada semua ahli parlimen tanpa mengira parti dan pelaksanaan Undi 18 tanpa perlu menunggu pendaftaran automatik.

Jangka hayat PN dan Muhyiddin sudah berakhir


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jika DAP dan PKR selamatkan PN maknanya kami dah hilang akal



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker