Jangan ‘diperbodohkan’ Muhyiddin, fungsi negara tidak akan terhenti dengan menukar pemimpin

Sebaran :

Jangan ‘diperbodohkan’ Muhyiddin, fungsi negara tidak akan terhenti dengan menukar pemimpin. Malaysia layak mempunyai kepemimpin baharu yang tidak melakukan kesilapan dan terus melakukan yang besar pada masa depan.

Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau telah memberi amaran mengenainya dan merayu beberapa kali supaya tidak melakukan kesilapan sama sehingga menyebabkan peningkatan kes baharu dan kes kematian Covid-19 di negara ini.

Katanya, Malaysia merupakan negara paling terjejas di dunia akibat kes baharu Covid dan kes kematian baharu virus itu per kapita, manakala prestasi bursa saham Malaysia adalah yang terburuk di Asia Pasifik serta kedua tercorot di dunia pada tahun ini.

“Kita menjadi mundur di dunia bukan tanpa sebab. Seseorang perlu bertanggungjawab ketika kerosakan pada kehidupan dan mata pencarian semua warga Malaysia meningkat akibat kesilapan yang jelas terlalu besar dan tidak boleh dimaafkan,” katanya dalam kenyataan.

Bekas Perdana Menteri itu menyatakan demikian tawaran Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada semua parti pembangkang untuk mewujudkan persefahaman rentas parti ke arah kerajaan bipartisan dalam melaksanakan tanggungjawab membawa negara keluar daripada krisis Covid-19.

Semalam, Perdana Menteri berkata, bagi tujuan itu, kerajaan akan menjemput semua pimpinan parti politik untuk membincangkan cadangan-cadangan berkenaan perkara itu  pada minggu depan.

“Keutamaan saya hanyalah untuk memastikan kerajaan terus berfungsi dengan baik untuk menangani pandemik dan memulihkan negara,” katanya.
Pada perutusan itu, Muhyiddin turut menawarkan saraan dan kemudahan kepada ketua pembangkang yang setara dengan menteri kanan sekiranya majoriti ahli Parlimen bersetuju dengan cadangan rentas parti dan meluluskan usul undi percaya pada sidang Parlimen akan datang.

Menurut Najib, menukar pemimpin tidak bermakna fungsi negara akan berhenti.

Tambah beliau, ia boleh dilihat apabila Joe Biden menggantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe digantikan pada lewat tahun lalu.

Berikutan itu, Najib berkata, pada tahun ini Malaysia akan menunjukkan keadaan yang baik tanpa Perdana Menteri semasa.

“Malah, keadaan akan menjadi lebih baik apabila fokus harian Perdana Menteri semasa yang hanya kepada skema atau rasuah untuk megekalkan kuasa berbanding melawan Covid dan menyelamatkan negara,” dakwanya.

Sementara itu, Najib mendakwa, perutusan semalam tidak pernah terjadi dalam sejarah Malaysia di mana tawaran rasuah politik ditayangkan pada siaran televisyen nasional.

“Ia untuk menunjukkan dia tidak mempunyai moral dan nilai etika untuk menerajui negara.

“Beliau membawa bersama kekesalan dan perasaan hormat yang rendah ke pejabat Perdana Menteri,” dakwanya. – MalaysiaGazette


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Tawaran Mega Sales’ Muhyiddin ditolak semua parti politik

 


Sebaran :

Leave a Reply