Sudahlah Muhyiddin ianya telah berakhir

Tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan kerjasama rentas parti antara kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan parti di luar kerajaan dilihat tindakan terdesak untuk terus kekal berkuasa.

Keikhlasannya turut dipertikaikan kerana tawaran itu ‘dikitar semula’ dengan apa yang telah kerajaan Pakatan Harapan (PH) usahakan.

Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, perkara yang menghairankan ialah tindakan PN merayu persefahaman rentas parti sedangkan lebih setahun mereka memburuk dan melemahkan pembangkang.

“Apa yang kita lihat, tindakan ini memperlihatkan beliau (Muhyiddin) terlalu terdesak. Kita boleh lihat reaksi istana, sama ada melalui surat-surat sebelum ini yang dukacita dengan peristiwa di Dewan Rakyat dan yang berkaitan dengan Perlembagaan.

“Tiba-tiba di saat genting saat hilang majoriti, barulah kembali ditawarkan kerjasama, saya kira keikhlasannya boleh dipertikaikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau menjelaskan, tawaran itu dibuat ketika situasi genting apabila PN dikatakan hanya mempunyai 100 kerusi sedangkan tawaran itu sudah dibentangkan dalam Rang Undang-Undang semasa zaman Pakatan Harapan (PH).

Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan untuk menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja dan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti misalnya, bukanlah perkara baharu.

Selain itu, saranan Ketua Pembangkang diberikan kemudahan yang setara dengan seorang Menteri Kanan sepatutnya tidak berbangkit kerana mengikut sistem demokrasi Westminster dan Komanwel, Ketua Pembangkang akan diberikan layanan yang tinggi malah berstatus menteri.

“Kita lihat, dalam konteks ini seolah-olah hanya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilihat sedaya upaya menjunjung Perlembagaan bagi memastikan amalan demokrasi terus subur di negara ini.

“Kita lihat Yang di-Pertuan Agong memainkan peranan ini, menjunjung demokrasi dan Perlembagaan negara seperti apabila Al-Sultan Abdullah meminta Ordinan Darurat dibahas dan Seri Paduka Baginda perlu meneliti dahulu sebelum diperkenankan pembubarannya.

“Ia seolah-olah Yang di-Pertuan Agong yang lebih banyak memberikan sumbangan dan memainkan peranan. Ia menyebabkan sentimen rakyat untuk memberikan sokongan luar biasa terhadap institusi istana dan institusi Raja-raja Melayu manakala tindak-tanduk, sikap dan pendirian dalam kerajaan PN ini mula menjadi kurang popular,” ujarnya


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Tawaran Mega Sales’ Muhyiddin ditolak semua parti politik

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker