Peluang Salah pecah tujuh rekod
Peluang Salah pecah tujuh rekod

London: Musim baharu bermakna rekod baharu menanti bintang sensasi Liverpool, Mohamed Salah.
Untuk kali kelapan sebagai pemain The Reds, Salah memulakan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menembusi gawang lawan menjadikan jumlah golnya dalam liga tertinggi England kepada 187 jaringan untuk menyamakan kedudukannya di tempat keempat dalam senarai sepanjang zaman.
Ia juga mengukuhkan satu rekod sudah dipegangnya apabila dia menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol dua angka (10) dalam perlawanan pembukaan musim EPL.
Seperti yang menjadi kebiasaan sepanjang tempohnya di Anfield, rekod demi rekod terus dicatat semula olehnya, dan dia mempunyai potensi untuk mencipta lebih banyak pencapaian dalam musim kesembilan bersama Liverpool.
Ini termasuk:
- Pemain pertama memenangi lima Kasut Emas EPL.
- Pemain Afrika pertama menjaringkan 200 gol EPL.
- Pemain dengan anugerah Pemain Terbaik Bulanan EPL terbanyak (8 kali).
- Pemain pertama menjaringkan 200 gol EPL untuk Liverpool.
- Pemain Afrika pertama mencapai 100 bantuan gol (assist) dalam EPL.
- Gol terbanyak dijaringkan untuk satu kelab dalam Premier League (214 gol).
- Sumbangan gol terbanyak dalam satu musim Premier League (48 – gol + assist).
Sepanjang kempen ini, lebih banyak rekod akan muncul untuk Salah pecahkan seperti yang sering berlaku dan dia juga berpeluang untuk naik dalam carta sepanjang zaman bagi gol dan bantuan gol (assist).
Dia kini berada di kedudukan keempat bersama dalam senarai penjaring terbanyak era EPL, setanding dengan Andy Cole dan 27 gol liga musim ini akan menyaksikannya melepasi Wayne Rooney (208) dan Harry Kane (213) untuk menduduki tempat kedua.
Bagi bantuan gol pula, Salah kini berada di tempat ke-10 dengan 87 bantuan jaringan dan jika dia mencapai angka dua digit seperti dilakukannya dalam enam daripada lapan musim sebelum ini, dia akan melepasi James Milner (89), Steven Gerrard (92), David Silva (93) dan Dennis Bergkamp (94).
Arne Slot dijangka akan terus bergantung sepenuhnya kepada bintang Mesir itu, namun Salah dijangka akan terlepas sehingga enam perlawanan liga musim ini disebabkan penyertaannya dalam Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) pada Disember dan Januari nanti.
Peluang Salah pecah tujuh rekod
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.