Baju Pelita Nasi Kandar bernilai RM5,500?

Baju Pelita Nasi Kandar bernilai RM5,500?

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @afifsukhairi telah memuat naik sebuah video memaparkan baju oleh syarikat fesyen mewah Itali yang coraknya terlihat mirip dengan corak pada baju seragam restoran mamak Nasi Kandar Pelita.

Menerusi video tersebut, dia menunjukkan baju mewah jenama Versace itu dengan kapsyen ‘baju Nasi Kandar Pelita’ dan perkongsian tersebut telah meraih lebih 339,000 tontonan.

Hasil carian di laman sesawang Versace, baju tersebut yang dipanggil sebagai Barocco 660 Silk Shirt itu dijual dengan harga EUR1,100 (~RM5,500).

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terhibur melihat corak baju jenama terkenal, Versace kelihatan serupa dengan pakaian kerja di restoran mamak.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen mungkin lepas ni bekas pekerja restoran Nasi Kandar Pelita boleh menjual semula baju mereka selepas berhenti kerja.

Susulan penularan video tersebut, akaun rasmi Nasi Kandar Pelita TikTok telah memberikan komen dengan menjemput Afif ke restoran itu untuk lepak bersama. Vc

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul bayar edah RM15 ribu, nafkah anak RM6 ribu sebulan, insuran RM3.5 ribu dan percutian RM5 ribu setahun

Sophia Albarakbah bikin hal lagi?

Penunggang Ducati elak motosikal lawan arus maut jatuh dari Lebuhraya SUKE [VIDEO]

Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira selesai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker