Agong titah Muhyiddin percepat sidang Parlimen -Sumber
Agong titah Muhyiddin percepat sidang Parlimen -Sumber
Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan Muhyiddin Yassin untuk mengadakan sidang Dewan Rakyat lebih awal, di tengah-tengah ketidaktentuan berkenaan keabsahannya sebagai perdana menteri.
Perkara itu berdasarkan sumber yang tahu berkenaan apa yang berlaku di Istana Negara pagi ini, ketika Muhyiddin menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum mesyuarat kabinet minggu ini.
“Tuanku telah mengarahkan perdana menteri percepat tarikh (sidang Parlimen),” menurut sumber itu yang enggan dinamakan.
Menurutnya, yang merupakan seorang individu berpangkat tinggi, tiada tarikh khusus yang ditetapkan ketika sesi menghadap pagi tadi.
Bagaimanapun, difahamkan sidang patut diadakan lebih awal berbanding 6 September – iaitu tarikh yang telah ditetapkan untuk istiadat pembukaan sidang pertama Dewan Rakyat tahun ini.
“Agong turut mengingatkan Muhyiddin berkenaan keperluan untuk membuktikan majoritinya di Parlimen, dan membuat apa yang perlu selaras Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan,” kataya lagi.
Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan yang perdana menteri perlu meletakkan jawatan jika dia tidak lagi mempunyai keyakinan majoriti ahli parlimen, kecuali jika Agong menitahkan agar Dewan Rakyat dibubarkan. Mk
[Berita lanjut menyusul]Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Agong titah Muhyiddin percepat sidang Parlimen -Sumber
Baca Artikel Menarik :
- MACC arrests JB mayor over alleged kickbacks
- Apa tindakan UMNO seterusnya, ini jawapan Zahid
- Abang Allahyarham Siti Sarah positif Covid-19, tahap oksigen menurun
- Mastura enggan patuh tuntutan UMNO Kuala Kangsar
- Sindiran Harith Iskander dibalas baik Menteri Agama
- Resepi Sotong Goreng Madu Best Giler
Layari Laman Facebook MYKMU