KL, Selangor rasa gegaran gempa bumi di Sumatera

KL, Selangor rasa gegaran gempa bumi di Sumatera

Satu gempa bumi sederhana dilaporkan berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada jam 1.19 tengah hari tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, gegaran gempa bumi pada 5.6 skala Richter itu turut dirasai di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.



“Jarak gempa bumi 18 kilometer Tenggara dari Padang Sidempuan, Indonesia.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Perkara itu turut dikongsi warganet yang rata-rata turut merasakan gegaran di kediaman mereka.

Pengguna Twitter, Nazri yang menetap di Kuala Lumpur berkata beliau menyedari terdapat gegaran berikutan katilnya bergegar secara tiba-tiba.



“Ya Allah kami di Kuala Lumpur juga terasa gegaran ni. Tibatiba katil bergegar tadi. Ingat ada gempa bumi tadi di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Syazana yang menetap di Kajang, Selangor turut merasai gegaran berkenaan.

“Dekat Saujana Impian, Kajang ada terasa gegaran gempa bumi tadi,” kongsinya. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

KL, Selangor rasa gegaran gempa bumi di Utara Sumatera


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Sijil vaksin cetak sendiri, kalau palsu macam mana?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker