MT UMNO perlu segera adakan pemilihan

Majlis Tertinggi (MT) UMNO tidak boleh membuat keputusan mengatasi Perhimpunan Agung UMNO 2020 dalam keadaan ia berfungsi sebagai caretaker (sementara) sehingga pemilihan dan mesyuarat Agung UMNO 2021 dijalankan.

Menurut seorang pegamal undang-undang, Rizal Abdullah dalam menjalankan fungsi sebagai caretaker, MT UMNO juga tidak boleh membuat sebarang keputusan yang mengubah dasar parti.

Rizal menjelaskan, sekiranya MT UMNO ingin membuat keputusan yang mengubah dasar parti ia perlu kembali kepada Perhimpunan Agung UMNO.



“Sekarang ini kalau ikutkan MT UMNO kena ikut apa yang Perhimpunan Agung UMNO sudah putuskan, tidak ada hendak tarik diri tengah-tengah jalan.

“Keputusan Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini ialah untuk tidak bersama PPBM (Bersatu) pada PRU15, untuk tarik sokongan tengah-tengah jalan memang tidak boleh buat sebab ia sudah langgar dasar.

“Apa yang MT UMNO boleh buat sekarang macam adalah seperti yang dimaklumkan oleh RoS, MT UMNO kena bagi tarikh pemilihan baru dan buat secepat mungkin,” katanya kepada Astro AWANI.

Beliau juga menjelaskan, keputusan MT UMNO yang diumumkan oleh presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini yang menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional juga tidak sah.



“Kalau ikutkan Perhimpunan Agung UMNO tidak ada buat keputusan macam tarik sokongan sebelum bubar Parlimen, tidak ada beri kuasa seperti itu kepada MT UMNO,” katanya lagi.

Rizal juga menjelaskan, sekiranya MT UMNO tetap dengan keputusan tersebut, ia akan dipersoalkan adakah ia boleh dilakukan atau sebaliknya kerana keputusan melibatkan dasar parti perlu diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO.

MT UMNO perlu segera adakan pemilihan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Zahid Hamidi calon PM?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker