PAS arah akar umbi sedia hadapi PRU15

PAS arah akar umbi sedia hadapi PRU15

Di tengah kegawatan politik negara, pucuk pimpinan PAS meminta akar umbi parti itu bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dalam suasana norma baharu Covid-19.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata kesediaan menghadapi norma baharu itu termasuk tiada lagi aktiviti dan poster kempen jika pandemik masih menular.

“Jadi kita kena bersiap sedia dengan suasana baru. Memanglah pada peringkat awal susah laksanakan norma baharu ini, namun lama-lama akan OK.

“Pelaksanaan norma baharu dirasai dalam kehidupan harian sekarang, malah turut melibatkan ceramah, mesyuarat serta perjalanan PRU15,” katanya menurut laporan Harakahdaily.

Tuan Ibrahim berkata, persidangan Parlimen dijangka diadakan bulan depan dan menjadi penentu sama ada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin boleh bertahan atau sebaliknya.

“Situasi politik sehari dua ini nampak tidak stabil khususnya setelah Umno meminta Ahli Parlimennya menarik diri daripada kerajaan PN,” katanya.

Persidangan Parlimen akan bermula dengan titah perasmian Yang di-Pertuan Agong disusuli usul undi percaya terhadap Muhyiddin.

Muhyiddin sebelum ini berkata, beliau masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen dan bersedia menghadapi usul undi percaya terhadapnya di Dewan Rakyat bulan depan.

Krisis politik timbul apabila Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mendakwa kerajaan pimpinan Muhyiddin hilang majoriti apabila Ahli Parlimen Umno yang “angkanya mencukupi” menarik balik sokongan. FMT

PAS arah akar umbi sedia hadapi PRU15


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sijil vaksin cetak sendiri, kalau palsu macam mana?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker