‘Wira Olimpik Negara’ kembali dari Tokyo
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo, Datuk Azizulhasni Awang menerima sambutan wira sebaik saja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.
Pelumba berusia 33 tahun itu yang diberi julukan The Pocket Rocketman bersama kumpulan akhir kontinjen negara tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 5.20 petang dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH071.
Turut bersama Azizulhasni ialah rakan sepasukan, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan ratu terjun, Pandelela Rinong.
Mereka bertiga adalah kumpulan atlet terakhir yang pulang selepas beraksi di Olimpik Tokyo.
Turut tiba dalam penerbangan yang sama adalah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Mereka disambut oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk M. Noor Azman Taib dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Ahmad Faedzal Md. Ramli.
Baca Artikel Menarik :
- Bidadari syurga saya pergi buat selamanya – Shuib
- UPSI tawar Azizulhasni jawatan dan biasisiswa PHD
- Ganggu Hubungan Intim, Budak 3 Tahun Maut Dipukul
- Fadzilah Kamsah Dakwa Ada Gangguan Paranormal Pada Siti Sarah
- Resepi Kek Butter Durian Rasa Padu
- Ameera Khan rapat dengan Jefri Nichol
Layari Laman Facebook MYKMU