Chong Wei yakin Emas di Paris adalah milik Azizul

Chong Wei yakin Emas di Paris adalah milik Azizul. “Terima kasih kerana menyatukan kita (rakyat Malaysia),” demikian reaksi legenda badminton perseorangan lelaki negara Datuk Lee Chong Wei selepas menyaksikan Datuk Mohd Azizulhasni Awang merangkul pingat perak di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Chong Wei yang memenangi pingat perak dalam tiga penampilannya di pentas Olimpik bermula pada Beijing 2008 tidak dapat menyembunyikan rasa bangga dengan pencapaian bersejarah dilakar pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu.

“Berdebar satu Malaysia menyaksikan pecutan mu. Bersorak satu Malaysia pabila kamu menerjah untuk mendapatkan perak (pingat). Berbangga satu Malaysia melihat bendera (Jalur Gemilang) dikibarkan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, hari ini.



Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo itu turut yakin Mohd Azizulhasni, 33, memiliki kemampuan untuk meneruskan misi merangkul pingat emas Olimpik pertama negara pada edisi temasya seterusnya di Paris pada 2024.

“Gangsa dan perak you dah ada…I yakin emas dalam genggaman di Paris nanti,” jelas Chong Wei.

Beberapa atlet kebangsaan lain turut melahirkan rasa bangga terhadap pencapaian penuh bermakna diraih Mohd Azizulhasni menerusi ciapan di Twitter masing-masing antaranya bekas jaguh skuasy wanita Datuk Nicol Ann David dan ratu terjun negara Pandelela Rinong.

“Wow!! Awesome race @AzizulAwang and taking the silver medal!!. Huge congratulations to you and always making us so proud!! #malaysianpride (“Wow!! Perlumbaan hebat @AzizulAwang dan rangkul pingat perak!!. Tahniah kepada anda dan sentiasa membuat kami begitu bangga!! #malaysianpride),” ciap Nicol.



Pada masa sama, pemain badminton negara yang memenangi pingat gangsa acara beregu lelaki di Tokyo, Aaron Chia turut memuat naik gambar Mohd Azizulhasni di laman Instagram rasminya dengan hantaran: “Congrats to Datuk @azizulhasniawang for winning the silver medal for Malaysia (Tahniah kepada Datuk @azizulhasniawang kerana memenangi pingat perak untuk Malaysia).”

Sementara itu, CIMB Group Holdings Berhad merakamkan ucapan tahniah kepada Mohd Azizulhasni yang merupakan duta CIMB.

“Kerja keras dan ketabahan anda telah membawa kepada pencapaian hebat ini. Kami amat berbangga dan berbesar hati menjadikan anda sebagai duta CIMB dan kemenangan anda menunjukkan semua nilai yang dimiliki CIMB Group sebagai benar – kekuatan, daya tahan dan keazaman mutlak,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Datuk Abdul Rahman Ahmad.

Dalam saingan peringkat akhir penuh dramatik di Velodrom Izu, penyandang juara Jason Kenny dari Britain mempamerkan kayuhan luar biasa sejak di awal pusingan untuk terus menguasai perlumbaan sehingga ke akhir bagi mengekalkan kejuaraannya.



Mohd Azizulhasni, 33, melintasi garis penamat untuk pingat perak, sekali gus menangguhkan harapan memenangi pingat emas Olimpik pertama bagi Malaysia, manakala pelumba Belanda Harrie Lavreysen yang merangkul pingat emas dalam acara pecut lelaki, meraih pingat gangsa.

Chong Wei yakin Emas di Paris adalah milik Azizul


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Tokyo 2020: SYABAS!! Azizulhasni Bawa Pulang Perak Untuk Malaysia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker