Siti Sarah Kembali Kritikal…Oksigen Drop 40, “Keadaannya Sangat-Sangat Tidak Baik” Shuib Mohon Doa Orang Ramai

Sebaran :

Siti Sarah Kembali Kritikal…Oksigen Drop 40, “Keadaannya Sangat-Sangat Tidak Baik” Shuib Mohon Doa Orang Ramai

“Sebelum majlis bacaan Yasin ini, doktor maklumkan keadaan Siti Sarah sangat tidak baik.”[VIDEO]

SEHINGGA kira-kira pukul 8 malam Ahad, tahap oksigen dalam badan Siti Sarah kembali merosot hingga ke paras 40.

Suaminya, Shuib Sepahtu berkongsi keadaan terkini Siti Sarah itu selepas dimaklumkan doktor menerusi panggilan telefon.

“Sebelum masuk sesi zoom ni, tadi doktor call beritahu condition Sarah sangat tidak baik sekarang ni. Sangat-sangat tidak baik.

“Dia punya oksigen tinggal 40, doktor cuba terbalikkan dia,” katanya ringkas.

Shuib berkongsi perkara berkenaan sebelum memulakan sesi bacaan Yasin bagi mendoakan kesembuhan Siti Sarah untuk hari ketiga berturut-turut.

“Sekarang pihak hospital sedang cuba untuk terbalikkan Sarah,” kongsi Shuib sebelum majlis bacaan Yassin secara virtual sebentar tadi.

Dalam pada itu Shuib meminta agar orang ramai terus mendoakan kesembuhan buat isterinya yang masih dalam pemantauan doktor.

Kosmo! pada 7 Ogos lalu melaporkan Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki dalam keadaan koma atau ditidurkan menerusi pembedahan bagi mengelakkan risiko akibat keadaannya yang agak kritikal.

Biarpun dilahirkan pra matang dan menggunakan bantuan pernafasan, bayi yang akan dinamakan sebagai Ayash Affan atas pilihan Sarah itu berada dalam keadaan stabil dan semakin aktif.

Siti Sarah, 37, sebelum ini dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur pada Selasa lalu berikutan tahap oksigen dalam badannya yang semakin merosot.

Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas menjalani saringan setelah pembantu rumah disahkan positif virus maut tersebut.

Pasangan itu bernikah pada 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. – K! ONLINE

Siti Sarah Kembali Kritikal…Oksigen Drop 40, “Keadaannya Sangat-Sangat Tidak Baik” Shuib Mohon Doa Orang Ramai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kontena mayat cukup, nak masuk beri nama [VIDEO]

6 anggota polis antara ditahan di pusat hiburan


Sebaran :

Leave a Reply