Shuib Mohon Henti Sebar Rakaman Suara Yang Tular Mengenai Siti Sarah

Shuib Mohon Henti Sebar Rakaman Suara Yang Tular Mengenai Siti Sarah

Pelawak Shuib menyeru orang ramai supaya berhenti berkongsi rakaman audio yang tular di WhatsApp mengenai keadaan isterinya, Siti Sarah yang dikhabarkan sedang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini.

Shuib menjelaskan, rakaman audio yang tular itu bukan keadaan terkini Siti Sarah, sebaliknya apa yang berlaku kelmarin.



“Berkenaan ‘voice note’ yang viral (tular) mengenai Siti Sarah, itu adalah keadaannya pada hari Jumaat, 6 Ogos lalu.

“Jadi saya mohon tolong hentikan kongsi dan padam rakaman audio itu di mana-mana platform media sosial,” katanya.

Terdahulu rakaman audio yang tular itu menceritakan keadaan Siti Sarah yang dilaporkan sudah tiada harapan selepas dimaklumkan oleh doktor yang merawat penyanyi berkenaan.



Menurut Shuib, keadaan isterinya masih sama dan memohon orang ramai untuk terus menitipkan doa buat Siti Sarah.

“Keadaan terkini Sarah masih lagi sedang ditidurkan dan saya mohon terus mendoakan Sarah diberi kekuatan dan kesembuhan.

“Saya juga mendoakan kepada semua agar dilindungi, diberkati dan dirahmati Allah SWT,” katanya-HM

Shuib Mohon Henti Sebar Rakaman Suara Yang Tular Mengenai Siti Sarah




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kontena mayat cukup, nak masuk beri nama [VIDEO]



6 anggota polis antara ditahan di pusat hiburan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker