Tidak sesuai pengembara dikuarantin di rumah

Sebaran :

Tidak sesuai pengembara dikuarantin di rumah

Kuala Lumpur: Tindakan kerajaan membenarkan pengembara warganegara dan warga asing yang mempunyai kediaman di Malaysia menjalani kuarantin wajib di rumah tidak sesuai dilakukan ketika ini.

Malah, tindakan membuka sempadan dalam situasi kes harian masih mencecah lima angka ketika ini juga dibimbangi menjadi punca penularan Covid-19 secara besar-besaran.

Artikel Berkaitan
Belum sesuai benar rentas negeri, daerah – Pakar
Tempoh kuarantin wajib dilanjutkan
Pengembara terima vaksin Covid-19 perlu jalani kuarantin wajib
Laksanakan penjujukan genom untuk kenal pasti varian Covid-19

Pakar Virologi Universiti Malaya (UM) Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata, kemunculan varian lebih ganas seperti Lambda dan Delta Plus boleh menyebabkan kesukaran pihak berkuasa mengawal pandemik itu dalam negara.

“Kita perlu ingat, walaupun sudah lengkap menerima vaksin, tapi individu berkenaan masih boleh dijangkiti.

“Yang paling merisaukan, mereka boleh menularkan virus kepada orang lain,” katanya kepada Harian Metro.

Dr Sazaly berkata, tindakan pengembara di kuarantin di rumah juga tidak sesuai kerana tiada pengawasan daripada pihak berkuasa, lebih-lebih lagi jika tidak dipakai gelang merah.

“Jika kuarantin di rumah, mereka boleh keluar membeli makanan, berjumpa kawan atau saudara mara datang menziarah.

“Malah, jika mereka dikesan mempunyai varian lebih ganas, penularan lebih besar boleh berlaku.

“Kita perlu faham, kita masih ‘bergelut’ untuk menangani varian Delta, masuk lagi varian lebih ganas membuatkan sistem kesihatan boleh lumpuh,” katanya.

Menurutnya, sekiranya pengembara dibenarkan juga masuk, kerajaan wajib melakukan tiga kali ujian pengesanan kepada mereka dan jangan sesekali dibenarkan kuarantin di rumah.

“Contohnya jika pengembara dari Peru yang sudah lengkap dua dos vaksin, kita perlu melakukan pengesanan sebelum menaiki pesawat.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Selepas itu mereka wajib ditempatkan di pusat kuarantin kita dan pada masa sama dilakukan ujian pengesanan sekali lagi pada hari ketiga atau empat.

“Kemudian, hari ke-10 sebelum dibebaskan kuarantin, ujian pengesanan perlu dilakukan sekali lagi, sekiranya tiga kali ujian itu negatif barulah mereka disahkan bebas Covid-19,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman khas kemudahan bagi individu yang menerima vaksinasi lengkap memaklumkan pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia termasuk Penduduk Tetap dan Malaysia MY Second Home) yang pulang atau tiba dari luar negara dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) digital. HM

Tidak sesuai pengembara dikuarantin di rumah

Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib


Sebaran :

Leave a Reply