“Bukan Tak Nak Kejar Tapi…”Azizulhasni Dedah Punca Gagal Raih Emas Keirin [VIDEO]

“Bukan Tak Nak Kejar Tapi…”Azizulhasni Dedah Punca Gagal Raih Emas Keirin [VIDEO]

BIMBANG yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran.

Begitulah perumpamaan yang paling tepat bagi menjawab persoalan jutaan rakyat Malaysia mengapa pelumba sensasi negara, Datuk Azizulhasni Awang tidak dapat menamatkan kemarau kemilau pingat emas pertama kontinjen negara di pentas Olimpik kali ini.

Habis sudah segala kudrat dan keringat, namun pelumba yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocket Man itu hanya mampu berpuas hati dengan pingat perak acara keirin di Velodrom Izu pada temasya Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.

Pingat emas edisi kali ini menjadi milik pelumba Great Britain, Jason Kenny yang dilihat bertindak memecut lebih awal ketika aksi masih berbaki banyak pusingan sementara gangsa menjadi milik pelumba dari Belanda, Harrie Lavreysen.



Jadi, tak usah kecewa rakyat Malaysia kerana ini merupakan pencapaian terbaik Azizulhasni yang mesra dengan panggilan Jijoe selepas meraih gangsa pada acara sama pada edisi Rio 2016 di Brazil dalam empat penampilan pentas Olimpik bermula di Beijing (2008) dan London (2012).

Azizulhasni berkata, beliau tidak berani mengambil risiko untuk memotong dan memecut lebih awal kerana terdapat tiga penunggang lain di depannya yang dikenali psycho rider.

Pada masa sama, beliau keliru dengan tindakan pelumba dari Australia, Matthew Glaetzer yang membiarkan Kenny berada dalam jarak kedudukan yang agak jauh kira-kira 20 meter daripada kelompok pelumba lain.



“Saya tidak ada pilihan dan hanya tunggu dia (Glaetzer) pergi. Bila Kenny pergi, dia (pelumba Australia) pun dah terlambat nak pergi dan we just go for the best spot (hanya mengharapkan kedudukan terbaik. Saya tengok saya tak dapat kalahkan Kenny dan (akhirnya) dapat second place (pingat perak),” katanya ketika ditemu bual Astro Arena selepas upacara kalungan pingat sebentar tadi.

Meskipun terkilan gagal menghadirkan kilauan pingat emas buat negara, Azizulhasni tetap berharap supaya rakyat Malaysia tidak berasa kecewa dengan dirinya kerana beliau telah melakukan terbaik hari ini.

“Masa saya kayuh tadi… saya teringat muka anak, isteri mak dan ayah. Saya harap mereka tak kecewa dgn result (keputusan) hari ini.

“Saya dah buat yang terbaik untuk semua, untuk rakyat Malaysia, untuk sukan negara kita. Saya terpaksa meninggalkan keluarga sejak berumur 13 tahun bagi mencapai cita-cita.

“Semasa saya fly (pergi) ke Tokyo dan saya dapat tahu ayah saya masuk hospital sebab mild stroke, adik-beradik saya minta saya fokus untuk Olimpik dan tidak perlu khuatir memikirkan ayah. Saya tiada option (pilihan) lain, saya fikir tanggungjawab saya untuk negara,” katanya sebak.

AZIZULHASNI (kiri) bersama pemenang pingat emas dan gangsa acara keirin lelaki, Jason Kenny (tengah) dan Harrie Lavreysen (kanan) selepas upacara kalungan pingat temasya Olimpik Tokyo 2020 di Veledrom Izu sebentar tadi. — AGENSI.

AZIZULHASNI (kiri) bersama pemenang pingat emas dan gangsa acara keirin lelaki, Jason Kenny (tengah) dan Harrie Lavreysen (kanan) selepas upacara kalungan pingat temasya Olimpik Tokyo 2020 di Velodrom Izu sebentar tadi. — AGENSI.



Ketika ditanya mengenai sama ada beliau akan menyertai Sukan Olimpik di Paris pada 2024, Azizul berkata, ketika ini beliau hanya mahu berehat memandangkan untuk sampai ke tahap sekarang sememangnya satu tekanan besar baginya.



“Saya nak rehat mental dan fizikal, we’ll see after that (nanti kita tengok macam mana). Isteri pregnant (hamil) anak ketiga dan saya tak sabar nak balik jumpa famili,” katanya yang baru saja mendapat perkhabaran gembira itu sebaik perlumbaan tamat sebentar tadi.

Dalam pada itu, legenda lumba basikal negara, M Kumaresan turut mempertahankan keputusan Azizulhasni dalam perlumbaan berkenaan.

“Saya pernah mengalami apa yang dilalui Azizulhasni, jadi saya memahami. Ini pentas Olimpik, cabarannya memang berkelas dunia. Jika mahu terus kejar sedaya-upaya sebaik ketinggalan jauh, bimbang ia akan menjejaskan peluangnya untuk meraih sebarang pingat.

“Silap-silap pingat perak pun tak dapat, jadi kita satu Malaysia patut berbangga dengan beliau,” katanya yang pernah beraksi di pentas Olimpik Seoul 1988 dan Barcelona 1992.

Selain kejayaan Azizulhasni, kontinjen Malaysia turut meraih satu lagi pingat gangsa menerusi pasangan beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada edisi kali ini tatkala satu dunia masih terkesan dengan pandemik Covid-19.-mSTAR

“Bukan Tak Nak Kejar Tapi…”Azizulhasni Dedah Punca Gagal Raih Emas Keirin [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Tokyo 2020: SYABAS!! Azizulhasni Bawa Pulang Perak Untuk Malaysia [VIDEO]

Tahniah Azizulhasni Dapat Perak Dan Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga! [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker