Pesakit Covid-19 tenat, ditemui bersama mayat berbau
Pesakit Covid-19 tenat, ditemui bersama mayat berbau
Bahana Covid-19 semakin parah selepas seorang doktor berkongsi kisah sedih berkenaan seorang lelaki dalam keadaan tenat dan penemuan mayat seorang wanita berbau busuk yang meninggal dunia akibat wabak itu.
Doktor terbabit, Dr Hana Hadzrami yang juga pakar bius, berkata ketika ditemui, lelaki berkenaan yang disahkan positif Covid-19 berada dalam keadaan separuh sedar, terbaring di ruang tamu dengan paras oksigennya serendah 40 peratus.
“Dalam sebuah bilik pula ada mayat seorang wanita yang mulai reput berkemungkinan adik atau kakak pesakit tersebut. Entah berapa lama dia sudah meninggal dunia.
“Mereka berdua dijangkiti Covid-19 dan menjalani kuarantin di rumah. Sudah lebih 10 hari lelaki itu bergejala,” tulisnya dalam hantaran di Facebook miliknya, memetik laporan Kosmo!.
Katanya, sebaik tiba di hospital, lelaki berkenaan diintubasi dan keadaannya sangat kritikal dengan beberapa organ terjejas akibat hypoxia (kandungan oksigen rendah).
Katanya, pesakit itu mungkin tidak mengetahui cara hendak memantau paras oksigen di rumah sehingga dia pengsan.
Baca Artikel Menarik :
- Hari itu kata 40, kini cuma 31
- Siti Sarah Kritikal, Bacaan Yasin Dan Doa Diadakan – Pengurus
- Undi Percaya, Kenapa Bulan September?
- Penasihat Khas Baharu Muhyiddin Bertaraf Penipu?
- Najib : Saya sanggup sokong PN kalau…
- Lagi pelawak terkenal buat onar
- Punca Rumah Rasa Bahang Walau Ada Kipas Dan Aircond
Layari Laman Facebook MYKMU
“Terbayang saat-saat akhir mereka berdua di rumah. Sesiapa ada jiran yang menjalani kuarantin, silalah ambil tahu. Jika anda positif Covid-19, janganlah mendiamkan diri berseorangan dalam rumah.
“Beritahu ahli keluarga atau kawan-kawan. Ini hari mereka, mungkin kemudian hari kita pula,” katanya.
Beliau turut mencadangkan mesin oksimeter mudah alih sebagai persediaan jika ada jiran atau saudara mara yang positif Covid-19 dan ia boleh digunakan untuk memantau paras oksigen di rumah. FMT
Pesakit Covid-19 tenat, ditemui bersama mayat berbau
Puad hentam Nazri, jangan hipokrit sangat
You must be logged in to post a comment.