'Selamat Tinggal Barcelona' Terpaksa Lepaskan Khidmat Messi — MYKMU.NET

‘Selamat Tinggal Barcelona’ Terpaksa Lepaskan Khidmat Messi

Sebaran :

‘Selamat Tinggal Barcelona’ Terpaksa Lepaskan Khidmat Messi

BARCELONA mengesahkan penyerang sensasi Lionel Messi tidak lagi bersama kelab itu.

Kelab itu mengakui, khidmat pemenang enam kali Ballon d’Or itu terpaksa ditamatkan kerana kekangan kewangan dan masalah struktur.

“Walaupun Barcelona dan Lionel Messi telah mencapai persetujuan dan niat yang jelas untuk menandatangani kontrak baru hari ini, ia tidak dapat diteruskan kerana kekangan kewangan dan struktur (peraturan La Liga).

“Disebabkan situasi ini, Messi tidak akan terus bermain untuk Barcelona. Kedua-dua pihak amat kesal kerana hasrat kedua-dua pemain dan kelab akhirnya tidak dapat dipenuhi,” kata Barca dalam kenyataan pada Khamis.

Messi, 34 tahun, bebas dari kelab itu sejak 1 Julai lalu selepas kontraknya tamat.

Pada 14 Julai, beliau dilaporkan setuju dengan kontrak baharu, yang menyaksikan gajinya dikurangkan separuh. Namun, ia bergantung kepada kemampuan kewangan Barcelona.

Kelab Catalan itu perlu menjual pemain lain untuk membayar gaji Messi.

Bagaimanapun, percaturan itu gagal direalisasikan.

Kekangan yang dialami kelab ini adalah berpunca daripada peraturan yang ditetapkan La Liga Sepanyol.

Barcelona dalam pada itu mengucapkan penghargaan kepada Messi atas sumbangan yang diberikan selama 21 tahun bersama kelab itu

Sepanjang bersama Barca, Messi mencatat 672 gol dalam 778 penampilan pada semua pertandingan serta memenangi 31 kejuaraan utama.

‘Selamat Tinggal Barcelona’ Terpaksa Lepaskan Khidmat Messi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Panggil sidang khas jika kamu ada angka

Terima kasih sebab bertanya, tapi bukan saya


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: