Terima kasih sebab bertanya, tapi bukan saya

Terima kasih sebab bertanya, tapi bukan saya

Pelawak Shahrol Shiro menepis dakwaan segelintir pihak yang mengaitkan dirinya dengan kes pemerdagangan manusia yang tular sejak semalam.

Shahrol berkata, dia bukan individu terbabit dan berterima kasih kerana bertanya pada dirinya terlebih dahulu.



“Beberapa sahabat bertanya adakah itu saya dan saya sudah menjelaskan itu bukan saya.

“Terima kasih kerana bertanya dahulu dan pada yang komen dan terus menuduh saya, saya tidak mahu kalian merangkak di padang Mahsyar mencari saya dan fokus pada dosa- dosa yang lain kerana saya sudah memaafkan anda,” katanya.

Menurut Shahrol, pelawak yang ditahan adalah linkungan usia 40-an sedangkan dirinya baru berusia 38 tahun.

“Buktinya saya masih umur bawah 40-an. Muda kan? Sekian terima kasih kerana mengambil berat fasal saya,” katanya.



Terdahulu, seorang pelawak terkenal ditahan polis Ahad lalu kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Ghani memaklumkan, pelawak yang juga seorang lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan ketika Ops Pintas dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Daerah sekitar pukul 10 pagi.

Dalam serbuan itu, polis merampas sebuah kereta proton Axia, beberapa bungkus kondom, sejumlah wang tunai dan empat telefon pintar. HM

Terima kasih sebab bertanya, tapi bukan saya




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Terpulang kalau nak tenggelam bersama Muhyiddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker