Kekal dalam kerajaan atau tidak PAS Pusat belum beri arahan – PAS Johor

 

Kekal dalam kerajaan atau tidak PAS Pusat belum beri arahan. Pas Johor akan memutuskan pendirian termasuk kedudukan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) Johor dalam masa dua atau tiga hari lagi selepas mendapat arahan Pas Pusat.

Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin berkata, pihaknya kini hanya menunggu perbincangan dan keputusan Pas Pusat untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini keadaan tenang dan terkawal. Pas Johor masih sokong Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana masih mendapat majoriti sokongan.

“Pas Johor juga setakat ini tiada apa-apa perbincangan terkini mengenai kerjasama Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Kekal dalam kerajaan atau tidak PAS Pusat belum beri arahan – PAS Johor


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bekas menteri didakwa di mahkamah esok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker