PM kekal jawatan: Bursa Malaysia terus susut

PM kekal jawatan: Bursa Malaysia terus susut

Indeks utama Bursa Malaysia, FBM KLCI menamatkan dagangan pagi hari ini dengan penyusutan mendadak seiring dengan pergolakan politik yang berlangsung sepanjang malam semalam dan pagi ini. Pada rehat tengah hari, FBM KLCI menyusut 12.83 mata kepada 1,487.43 mata, paras terendahnya setakat hari ini. Indeks itu dibuka pada 1,497.28 mata pada pagi dengan 1.96 bilion jumlah dagangan.

Dengan keadaan kerajaan yang tidak stabil dan kedudukan perdana menteri juga tidak stabil, Bursa terus menjunam.



Pelabur sudah semestinya mahu tunggu dan lihat senario politik tanah air. Ada baiknya persidangan parlimen dipercepatkan bagi memutuskan siapa perdana menteri yang benar-benar mendapat mandat dari ahli parlimen

Setakat ini 105 ahli parlimen pembangkang tidak menyokong Muhyiddin dan ada 12 ahli parlimen Umno yang tidak menyokong. Jumlah 117 ini sudah cukup untuk membuktikan Muhyiddin tiada mandat dari ahli parlimen.

Perdana Menteri berkata, beliau telah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Rabu, bahawa sejumlah Surat Akuan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat, yang menurut dirinya masih mempunyai sokongan majoriti.

Jelas Perdana Menteri lagi, Agong telah berkenan untuk beliau menentukan keabsahannya di Parlimen melalui undi percaya pada September ini.



PM kekal jawatan: Bursa Malaysia terus susut

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Bekas menteri didakwa di mahkamah esok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker