Bekas menteri didakwa di mahkamah esok

Bekas menteri didakwa di mahkamah esok

JOHOR BAHRU: Seorang bekas menteri dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, esok, bagi pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, dua pertuduhan dijangka dibacakan terhadap bekas menteri yang juga Ahli Parlimen itu membabitkan pertuduhan dibuat di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 22 Julai lalu.

“Pertuduhan di Johor Bahru ini adalah pertuduhan AMLATFPUAA yang berkaitan dengan pertuduhan predikat yang sudah dibacakan di Kuala Lumpur,” katanya kepada BH, hari ini.

SPRM hari ini turut mengedarkan jemputan liputan media memaklumkan seorang Ahli Parlimen akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pagi esok.

Ia berikutan SPRM sudah mendapat arahan bagi meneruskan pendakwaan kes berkenaan. BH

Adakah bekas menteri itu adalah Syed Saddiq ?

Ahli Parlimen Muar itu didakwa mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan pecah amanah dana sebuah parti politik dan Seksyen 403 Kanun Keseksaan berkaitan menyalahgunakan harta iaitu wang pada 22 Julai lalu.

Jumlah keseluruhan penyelewengan yang terlibat dianggarkan RM1. 2 juta melibatkan wang milik parti politik.

Kesalahan itu dipercayai dilakukan pada 2018 dan 2020.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Bekas menteri didakwa di mahkamah esok


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Terpulang kalau nak tenggelam bersama Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker