Parti pembangkang sepakat tolak kepimpinan Muhyiddin

Sebaran :

Parti pembangkang sepakat tolak kepimpinan Muhyiddin

PETALING JAYA – Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan bersama ahli-ahli Parlimen Tuaran (UPKO), Simpang Renggam (Bebas), Selangau dan Sri Aman (PSB) menegaskan tetap menolak kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara tersebut dimaklumkan dalam satu kenyataan bersama parti-parti pembangkang terdiri daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim (Keadilan), Mohamad Sabu (Amanah), Lim Guan Eng (DAP), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO), Baru Bian dan Datuk Masir Kujat (Parti Sarawak Bersatu) serta Dr. Maszlee Malik (Bebas).

Kenyataan itu dimuat naik di laman Twitter Anwar sebentar tadi.

Kenyataan tersebut berkata, justeru itu adalah mustahil Muhyiddin masih mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat selepas pengumuman penarikan balik sokongan sejumlah Ahli Parlimen Kerajaan semalam.

“Kami juga kekal dengan pendirian bahawa Muhyiddin dan seluruh Jemaah Menteri mesti meletakkan jawatan,” katanya di sini hari ini. K Online

Terdahulu, Muhyiddin mendakwa beliau masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen dan bersedia menghadapi usul undi percaya terhadapnya di Dewan Rakyat, bulan depan.

“Melalui cara ini (usul percaya), kedudukan saya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional yang memerintah dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan,” katanya dalam perutusan khas.

Semalam, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendakwa kerajaan pimpinan Muhyiddin hilang majoriti apabila Ahli Parlimen Umno yang “angkanya mencukupi” menghantar surat akuan kepada Agong, menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin.

Beliau mendesak Muhyiddin berundur segera.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Parti pembangkang sepakat tolak kepimpinan Muhyiddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Terpulang kalau nak tenggelam bersama Muhyiddin


Sebaran :

Leave a Reply