Kerap ejakulasi kurangkan risiko kanser prostat

Kerap ejakulasi kurangkan risiko kanser prostat

CAMBRIDGE, MASSACHUSET – Satu kajian mendapati lelaki yang lebih kerap melakukan ejakulasi adalah berisiko rendah untuk mengalami kanser prostat, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Harvard itu mendedahkan berdasarkan data yang melibatkan seramai 32,000 orang lelaki, mereka yang melakukan ejakulasi sekurang-kurangnya 21 kali sebulan dapat mengurangkan risiko kanser prostat sebanyak satu pertiga kali.



Sebilangan pakar pula percaya ejakulasi dapat menghilangkan prostat dari karsinogen, merendahkan keradangan serta mengurangkan tekanan dan memberikan tidur yang lebih baik, sekali gus merendahkan risiko kanser.

“Penemuan ini memberikan bukti tambahan terhadap peranan bermanfaat ejakulasi kerap yang berlaku di sepanjang kehidupan seorang lelaki dewasa.

“Ia terutamanya dalam etiologi kanser prostat, khususnya penyakit berisiko rendah,” kata penulis kajian tersebut.

Sementara itu, hubung kait antara ejakulasi dengan kanser prostat sering menjadi kontroversi dalam kalangan para penyelidik sebelum ini.



Ini kerana terdapat kajian Universiti Harvard pada tahun 2004 yang mendapati tiada kaitan antara ejakulasi dengan kanser prostat selain kajian Universiti Cambridge pada tahun 2008 pula mendedahkan bahawa kadar kanser prostat meningkat sejajar dengan kekerapan beronani.

“Terdapat beberapa kajian yang bertentangan. Bagaimanapun, kebanyakan penyelidik bersetuju bahawa terdapat penurunan kejadian kanser berisiko rendah,” kata seorang pakar urologi, Dr. Odion Aire. K Online

Kerap ejakulasi kurangkan risiko kanser prostat


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Terpulang kalau nak tenggelam bersama Muhyiddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker