Keluarga Aiman Tino positif Covid-19

Sebaran :

Keluarga Aiman Tino positif Covid-19

Sepuluh daripada ahli keluarga penyanyi Aiman Tino disahkan positif Covid-19 sejak 10 hari yang lalu dengan masing-masing kini sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah.

Menurut ibu Aiman, Hazelina Mat Jalil, 45, dia, suami dan lima orang anaknya yang lain telah dijangkiti Covid kecuali Aiman yang tidak menetap bersama mereka di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

“Kami semua masih kuarantin kendiri di rumah. Selain itu, anak sulung saya, Nurfara Ain, suami dan anaknya yang berusia sebulan juga dijangkiti tapi mereka menjalani kuarantin di rumah sendiri di Shah Alam.

“Kalau tanya pasal punca, saya pun tak tahu dari mana. Tetapi sebelum melakukan ujian calitan itu, saya memang mengalami demam selepas balik dari pekan di Kuala Kubu.

“Selepas itu, suami pula demam selepas menerima suntikan dos pertama vaksin. Bila dah ramai demam dalam rumah ini, kami ambil keputusan buat ujian calitan dan ternyata, keputusan positif,” katanya.

Linda Rafar bengang, buat laporan polis

Menurut Hazelina, anak-anak yang menetap bersamanya dan dijangkiti Covid ialah Nurisfasha, 19, Mohd Haikal,15, Nur Alya Mahsuri, 12,Nurqaseh, 10, dan Nina Izzara, 6.

Selain itu, menurut Hazelina, biarpun sudah 10 hari menjalani kuarantin, cuma tahap kesihatannya sahaja yang agak teruk memandangkan selama ini menghidap penyakit asma.

“Anak-anak semua sudah okey dan tidak lagi demam. Cuma keadaan saya seorang saja yang agak teruk. Saya memang ada masalah asma tambahan pula dengan demam dan batuk yang tak baik-baik lagi sehingga kini.

“Seksa sangat batuk ini dan susah saya nak bernafas. Pagi tadi pun badan saya jadi sangat lemah dan rasa nak pitam. Tapi deria rasa dan bau sudah kembali.

“Doktor memang ada cakap kalau tak cukup oksigen, kena hubungi ambulans untuk bawa saya ke hospital. Hari ini keadaan saya semakin teruk pula tapi tak pasti lagi perlu ke hospital atau tidak,” katanya.

Sebelum ini, kakak kepada Aiman Tino iaitu penyanyi Fara Hezel ada memuat naik status di Instagram memohon agar semua orang mendoakan keluarganya yang disahkan positif Covid-19. Utusan

Keluarga Aiman Tino positif Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Terpulang kalau nak tenggelam bersama Muhyiddin


Sebaran :

Leave a Reply