Indonesia abai nasihat UNESCO, projek `Jurassic Park’ teruskan

Sebaran :

Indonesia abai nasihat UNESCO, projek `Jurassic Park’ teruskan. Projek pembinaan taman Jurassic Park di Pulau Rinca, Indonesia akan diteruskan meskipun Pertubuhan Pendidikan, Santifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) memberi amaran mengenai kesan negatif terhadap alam sekitar.

Perkara itu dimaklumkan oleh pegawai dari Kementerian Alam Sekitar.

“Projek ini akan diteruskan dan ia terbukti tidak memberi sebarang kesan,” kata seorang pegawai kanan di Kementerian Alam Sekitar, Wiranto kepada Reuters.

Pembangunan beberapa projek pelancongan di Taman Negara Komodo yang bermula tahun lalu, mencetuskan kebimbangan mengenai ancaman kepada ekonomi tempatan dan habitat `naga komodo’ yang ditetapkan sebagai kawasan pemuliharaan nasional.

Bulan lalu, pegawai UNESCO dalam persidangan Jawatankuasa Warisan Dunia memaklumkan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) perlu dilakukan segera berhubung isu penangkapan ikan secara haram dan potensi risiko habitat naga komodo membabitkan projek tersebut.

Menurut pegawai UNESCO, mereka juga meminta penilaian terbaharu dari kerajaan Indonesia namun setakat ini masih belum menerima laporan tersebut.

Sementara itu, Wiranto berkata, penilaian baharu sedang dirangka dan dijangka diserahkan pada bulan depan. – REUTERS

Indonesia abai nasihat UNESCO, projek `Jurassic Park’ teruskan

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lagi pelawak terkenal buat onar


Sebaran :

Leave a Reply