Rihanna kini bergelar billionair

Rihanna kini bergelar billionair. Penyanyi yang juga mogul kosmetik Fenty Beauty, Rihanna, menjadi pemuzik wanita paling kaya di dunia apabila dilaporkan memiliki nilai aset bersih berjumlah AS$1.7 bilion (RM7.14 bilion).

Menurut majalah Forbes, Rihanna yang terkenal dengan lagu Diamonds dan Umbrella itu merupakan penghibur kedua terkaya di dunia selepas personaliti televisyen terkenal, Oprah Winfrey.

Meskipun menjadi penyanyi popular, bukan muzik yang menyebabkan pemilik nama penuh Robyn Rihanna Fenty itu memiliki kemewahan tetapi perniagaan kosmetiknya yang menyumbang AS$ 1.4 bilion (RM 5.8 bilion) kepada nilai kekayaannya sekarang.

Forbes melaporkan, Rihanna yang juga pelakon itu memiliki separuh atau hingga 50 peratus daripada nilai keuntungan tersebut.

Bagaimanapun, jumlah itu tidak termasuk nilai aset syarikat pakaian dalam miliknya iaitu Savage x Fenty yang dianggarkan bernilai AS$270 juta (RM 1.1 bilion) serta pendapatannya dalam kerjaya seni sebagai seorang penyanyi dan aktres.

Untuk rekod, Rihanna yang juga terkenal dengan lagu We Found Love itu merupakan ikon fesyen.

Tahun lalu, majalah Forbes mengumumkan Rihanna sebagai wanita terkaya self made di AS dengan kekayaan bersih menjangkau sebanyak RM2.4 bilion.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nak Cucuk Vaksin Ke Nak Tayang Body? [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker