Ismail jaja ‘titah diraja’ pada sidang media sokong kerajaan Muhyiddin

Ismail jaja ‘titah diraja’ pada sidang media sokong kerajaan Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob kerap menggunakan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika mempertahankan pendirian beliau dan sekumpulan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk bersama pentadbiran Muhyiddin Yassin serta tidak meletak jawatan dalam kerajaan.

Naib Presiden Umno itu menuduh pihak yang cuba “meruntuhkan” kerajaan pimpinan Muhyiddin sebelum sidang Parlimen bulan depan untuk menguji keabsahan Perdana Menteri, sebagai mereka yang mahu “menggagalkan hasrat dan titah Tuanku”.

Kenyataan Ismail itu berdasarkan pengumuman Muhyiddin Rabu lalu bahawa beliau memperolehi perkenan Sultan Abdullah untuk mengadakan sidang Parlimen September ini bagi menguji sokongan majoritinya.

Istana Negara belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

Kalangan pemimpin tertinggi Umno dan pelbagai pihak sebelum ini membidas Muhyiddin kerana hanya mahu mengadakan sidang Parlimen itu bulan depan dan tidak serta-merta, jika benar beliau mempunyai sokongan majoriti sebagaimana yang didakwa.

Pada sidang media hari ini, Ismail juga merujuk “titah” Agong ketika menegaskan beliau tidak melanggar peraturan parti apabila memilih untuk bersama kerajaan Muhyiddin.

Beliau menyifatkan diri dan kumpulan ahli Parlimen bersamanya sebagai “setia kepada Agong dan patuh kepada titah baginda”.

“Saya pun tidak tahu apakah kesalahan…adakah patuh dan akur titah Agong itu merupakan satu kesalahan? Kalau itu menjadi kesalahan, saya tak tahulah siapa derhaka dan siapa tidak derhaka,” tambah Ismail.

Ismail berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau sudah menerima surat tunjuk sebab kerana tidak mematuhi pendirian Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan Muhyiddin.

Beliau muncul di pentas hari ini bersama 18 ahli Parlimen BN, termasuk daripada Umno, untuk membuat pendirian terbuka terus menyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin dan tidak melepaskan jawatan yang disandang dalam pentadbiran beliau.

Pada sidang media ringkas itu, Ismail berkata “titah” Agong jelas memperkenan sidang Parlimen diadakan supaya usul percaya terhadap Muhyiddin dibentangkan bagi menentukan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri.

Justeru, beliau mendakwa “adalah jelas” pihak Istana “tidak lagi menerima SD atau akuan sumpah ataupun surat sokongan”, susulan pengumuman Muhyiddin Rabu lalu.

Beliau merujuk langkah pucuk pimpinan Umno menghantar sejumlah surat akuan Ahli Parlimen parti kepada Agong, menarik balik sokongan mereka kepada Muhyiddin.

Pada sidang media itu, Ismail diapit antara lain, Presiden MCA, Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden MIC, M Saravanan.

Ismail mendakwa selain beliau dan 18 Ahli Parlimen berkenaan, ada 12 lagi wakil rakyat BN yang masih menyokong kerajaan PN, namun tidak dapat menyertai sidang media hari ini.

Beliau bertegas tidak akan meletak jawatan dalam kerajaan. Ismail mendakwa begitu juga dengan Khairy Jamaluddin, Dr Adham Baba, Hishammuddin Hussein dan Annuar Musa. FMT

Ismail jaja ‘titah diraja’ pada sidang media sokong kerajaan Muhyiddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Puad hentam Nazri, jangan hipokrit sangat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker