Terima kasih sahkan PN tiada majoriti, Ismail diberitahu

Terima kasih sahkan PN tiada majoriti, Ismail diberitahu

Veteran Umno, Shahrir Samad, secara menyindir mengucapkan “terima kasih” kepada Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kerana secara tidak langsung mengesahkan kerajaan tiada sokongan majoriti di Dewan Rakyat, selepas mengumumkan 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) masih menyokong pentadbiran Muhyiddin Yassin.

Kata bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu, pengumuman Ismail itu membantu mengesahkan kerajaan PN yang sebelum ini dikatakan memiliki sokongan 115 Ahli Parlimen, kini hanya disokong 104 wakil rakyat.

“Akhirnya, apa yang mereka lakukan adalah secara terbuka mengesahkan bahawa kerajaan PN memiliki (sokongan) 104 Ahli Parlimen ketika ini. Bergantung juga kepada siapa yang melompat (daripada pihak pembangkang).


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Puad hentam Nazri, jangan hipokrit sangat

“Mereka perlu tujuh lagi Ahli Parlimen untuk melompat hanya untuk mendapatkan majoriti mudah. Tetap kerajaan jenis apakah itu? Bolehkah mereka menjamin prestasi baik? Tak boleh kerana pemimpin mereka lemah.

“Pengumuman mereka tiada maksud apa-apa bagi saya. Saya tidak lihat kualiti kepimpinan di situ,” katanya kepada FMT.

Shahrir juga berkata usul undi percaya harus segera dibentangkan di Dewan Rakyat melalui sidang khas untuk menamatkan ketidaktentuan mengenai sokongan terhadap kerajaan.

Sementara itu, Exco Puteri Umno, Masliha Harun, memberi amaran kepada para pemimpin parti yang memilih untuk berpihak kepada kerajaan, dengan berkata, ahli belia dan akar umbi akan terus “bersama Umno”.

“Saya percaya masih ramai lagi pemimpin Umno yang akan setia dan ingat jasa parti,” katanya di Facebook.

Pada sidang media yang disertai oleh 18 Ahli Parlimen lain, Ismail mengumumkan 31 Ahli Parlimen BN akan terus menyokong kerajaan. FMT

Terima kasih sahkan PN tiada majoriti, Ismail diberitahu

Puad hentam Nazri, jangan hipokrit sangat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker