Polis buru lelaki tular bakar rumah

Polis buru lelaki tular bakar rumah

Polis memburu seorang lelaki yang tular dalam satu video di media sosial melakukan khianat dengan menyebabkan kebakaran sebuah rumah di Skudai, Johor.

Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pengadu menerima satu video melalui aplikasi WhatsApp menunjukkan lelaki tersebut membaling dua bungkusan plastik ke kawasan halaman sebuah rumah yang dipercayai mengandungi petrol dan seterusnya dibakar.



Dalam video berdurasi 30 saat yang tular di media sosial, seorang lelaki bertopeng dan berpakaian warna gelap dilihat melempar dua beg plastik ke dalam rumah mangsa.

Video itu ditonton lebih 183,000 kali dan mendapat lebih 5,000 perkongsian.

“Semasa kejadian, mangsa dan keluarga sedang tidur di rumah dan tidak menyedari kejadian yang berlaku,” kata Ayob.

Ayob berkata, hasil siasatan mendapati mangsa sebelum ini menerima ugutan menyatakan adiknya ada meminjam wang namun tiada pengakuan daripada adik pengadu.



Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kerosakan dengan api atau bahan letupan.

“Kerugian dianggarkan RM300,” katanya. FMT

Polis buru lelaki tular bakar rumah


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Nak Cucuk Vaksin Ke Nak Tayang Body? [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker