UMNO sah tidak pertahan Kerajaan PN

UMNO sah tidak pertahan Kerajaan PN

UMNO memilih mengambil berpendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MT yang berlangsung selama maya hari ini.



Katanya, Majlis Tertinggi UMNO bersepakat menarik sokongan kepada PN dan Muhyiddin.

Umno telah menyerahkan surat akuan “yang mencukupi” bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Presidennya Ahmad Zahid Hamidi berkata ia sekali gus menunjukkan kepimpinan Muhyiddin sudah hilang majoriti dan keabsahannya sebagai ketua kerajaan telah terpadam.

Berikut adalah kenyataan media tersebut:



KENYATAAN MEDIA

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi secara maya pada 3 Ogos 2021 bersamaan 24
Zulhijjah 1442H telah membuat beberapa ketetapan seperti berikut:

1. UMNO memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada KDYMM Yang di-
Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan Kerajaan Perikatan
Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Bin Haji Md
Yasin yang ternyata gagal di mata rakyat, selaras dengan Fasal 3.3
Perlembagaan UMNO.

2. Kenyataan terbaru Perdana Menteri hari ini, tidak menjernihkan masalah
bahkan menyerlahkan kekhilafan Kerajaan yang jelas telah menyanggah
titah KDYMM Yang di-Pertuan Agong, malah mempersendakan baginda,
yang hakikatnya sudah beberapa kali menitahkan untuk semua Ordinan
Darurat dibahaskan dan diungkaikan sebelum 1 Ogos lagi bukan September
2021, sejajar dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.



3. Bagi menzahirkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada KDYMM Yang di-
Pertuan Agong maka, Majlis Kerja Tertinggi sebulat suara bersepakat untuk
menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Tan Sri
Dato’ Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yasin selaku Perdana Menteri.

4. Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yasin mesti mengambil
tanggungjawab atas kegagalan dan keingkaran Kerajaan pimpinan beliau
yang menyanggah titah KDYMM Yang di-Pertuan Agong dengan meletakkan
jawatan sebagai Perdana Menteri secara terhormat.

5. Surat Akuan Ahli-ahli Parlimen UMNO yang mencukupi angka bagi
menzahirkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Bin
Haji Md Yasin sebagai Perdana Menteri telahpun dipersembahkan kepada
KDYMM Yang di-Pertuan Agong, sekaligus menunjukkan kepimpinan beliau
sudah hilang majoriti dan keabsahan selaku Ketua Kerajaan.

AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
3 Ogos 2021



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

UMNO sah tidak pertahan Kerajaan PN


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Nak Cucuk Vaksin Ke Nak Tayang Body? [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker