Penghidap HIV didakwa rogol gadis bawah umur
Penghidap HIV didakwa rogol gadis bawah umur
PASIR MAS: Seorang penghidap HIV mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol remaja bawah umur dipercayai kekasihnya sehingga gadis itu mengandung lima bulan, sekitar Mac lalu.
Tertuduh berusia 24 tahun itu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol gadis berusia 15 tahun tujuh bulan walaupun mengetahui dirinya menghidap HIV dalam kereta Perodua Kembara di Kampung Laut, Tumpat pada Mac 2021.
Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 376 (2)(i) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Khuzaimi Mohd. Salleh.
Terdahulu, Hajarul Falenna tidak mencadangkan sebarang jaminan ekoran bimbang tertuduh akan mengganggu mangsa yang mengandung lima bulan dan kini tinggal bersama keluarganya.
Mohd. Khuzaimi dalam rayuannya pula memohon agar jaminan diberikan kerana tertuduh merupakan pesakit HIV boleh terdedah dengan jangkitan Covid-19 sekiranya dimasukkan ke penjara sepanjang tempoh perbicaraan.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mengganggu mangsa atau keluarganya selain menetapkan tarikh 17 November depan untuk sebutan semula kes.
Tertuduh membayar jaminan yang ditetapkan oleh mahkamah. Utusan
Penghidap HIV didakwa rogol gadis bawah umur
Baca Artikel Menarik :
- Pemuda Pas jangan lebih sudu dari kuah
- TPM tak ambil alih secara automatik jika PM berundur
- Nazri kata surat akuan MP BN sahih, dalam ‘simpanan TPM’
- Molek MCA dan MIC ikut nasihat Gerakan dari asyik menumpang tuah
- Hanya undi dalam Parlimen dikira, bukan dakwaan sokongan
- Resepi Aiskrim Goreng Sempoi, 2 Bahan jer
Layari Laman Facebook MYKMU
Nak Cucuk Vaksin Ke Nak Tayang Body? [VIDEO]