Patrick Teoh buat hal, kena minta maaf

Patrick Teoh buat hal, kena minta maaf

Pharmaniaga terima permohonan maaf penyampai radio

Pharmaniaga Bhd menerima permohonan maaf penyampai radio Patrick Teoh berhubung dakwaan palsu terhadap syarikat itu menerusi catatan di Facebook pada 22 Julai lalu.

Pharmaniaga berkata, ia dilakukan dengan mengetahui tuduhan itu mengelirukan pada akaun peribadi milik Teoh yang menimbulkan “penghinaan terhadap syarikat”.

Katanya, berdasarkan persetujuan, penyampai radio itu kemudiannya memadam catatan terbabit dan membuat permohonan maaf secara terbuka di akaunnya.

“Biarpun kami menghormati perbezaan pandangan, tetapi kami tidak bertolak ansur dengan fitnah dan tuduhan palsu,” katanya dalam satu kenyataan.

Syarikat itu berkata, ia mengekalkan tahap tadbir urus korporat dan ketelusan yang tinggi dalam semua urus niaganya dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan yang menjejaskan integriti.

Dalam catatan bulan lalu, Teoh memberi maklum balas terhadap satu laporan berita yang mendedahkan bahawa Pharmaniaga akan menjual 14 juta dos vaksin Sinovac kepada negeri dan syarikat swasta yang berminat.

Penyampai radio itu mengakui catatan terbabit tidak mempunyai asas untuk membayangkan syarikat itu sebagai “tamak, jahil, tidak peka dan bersikap tidak peduli” terhadap isu-isu berkaitan pandemik Covid-19.

Dia juga menjelaskan bahawa Pharmaniaga tidak mendapat keuntungan daripada kerajaan daripada pembelian vaksin Sinovac atau terbabit dalam urus niaga tidak betul atau tidak mengikut undang-undang.

“Dengan ini saya meminta maaf kepada Pharmaniaga Bhd dan Pharmaniaga Life Sciences Sdn Bhd,” katanya. FMT

Patrick Teoh buat hal, kena minta maaf


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nak Cucuk Vaksin Ke Nak Tayang Body? [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker